photoshoot and events

Malam Gala SimplySiti

9:49:00 PM,0 Comments

Hai dan Assalamualaikum.
Disebabkan Vee dah janji nak post entry tentang Malam Gala SimpySiti, so here it is!!
*tepuk tangan ramai-ramai*

Konsert ini berlangsung pada tarikh sama dengan Bersih dan juga activity dari entry Best Girls Ever.
Balik je dari rumah Amelia, Vee pun terus bersiap-siap. Wee! walaupun concert tu start at 7.45, tapi disebabkan Bersih, so terpaksa keluar awal sebab takut jalan jem. Nasib baik ada highway baru di rawang, Highway Latar, straight je ke Shah Alam. And Alhamdulillah kami sampai awal!

Okay jom cerita sedikit tentang Malam Gala SimplySiti ni. Concert ini diadakan untuk menyambut ulang tahun  pertama SimplySiti dan juga pelancaran Product SimplySiti yang baru. Menurut Siti Nurhaliza, SimplySiti kini sudah setahun empat bulan! Way to go kak Siti!!! Concert ini disertai Aizad, Amy Search dan Ana Rafali. Miasara pun datang tengok concert taw! Comel je dia!!

Pengacara pada malam tu, FBI!!! Memang havoc la! VC UiTM pun turut hadir, selain persembahan artis, ada juga persembahan daripada Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistic dan Fakulti Muzik UiTM. Pada malam tu, kesemuanya ada hasil daripada kreativity student UiTM, dari back drop, stage, persembahan., muzik, baju Siti, senang cakap semua nya lah, hasil titik peluh dan hasil kreativity student UiTM. Bangga sey!! dan Concert malam itu akan disumbangkn ke UiTM! Style lah Siti!

Memang satu concert yang sangat-sangat menarik!Siti pun ada cakap yang dia ingin belajar di UiTM dalam Fakulti Muzik. Wuhoooo! Gempak lah! 


See! Sempat je ke Wall SimplySiti,


Ramai kan??? 


ini masa concert dah selesai! 


Abg botak Emcee of the Day! 
Siti Datang dengan Datuk K naik motor ke Shah Alam.
Entrance Siti!! Naik motor Besar masuk dalam Dewan!!


Amy Search! The best performance of the night! Isabella! Happening gile! Wooot woot.






Lawa kan Siti dan Baju-baju dia. Tu hasil dari student Fakulti Seni Reka Fashion. Style!

Malam tu jugak ada penyampaian hadiah kepada pemenang Battle of the Band yang dibuat sempena Malam Gala SimplySiti dan yang menang tu, Congrats! Korang memang unik dan Best! Malam tu jugak Siti adakan lucky draw, Handbag peribadi Siti Nurhaliza, Prada- lelaki dapat, Set make up dari SimplySiti worths hundreds ringgit to 5 person and 2 ticket bola, Malaysia against Chelsea and Arsenal. Serious best.

To be very honest, Vee memang peminat Siti (die hard fans) tapi tak pernah dapat peluang ke konsert-konsert Siti, so this is my first time, dan betul lah seperti orang cakap, she's good in studio and better live in TV but great when on live to your on eyes!

Malam tu jugak, Siti menyanyikan secara exclusive lagu single terbaru Siti untuk Album English die yang bertajuk Falling In Love. Tak ada tempat lain dah dengar masa ini!

Thank you sebab sabar tunggu entry ni. XOXO




You Might Also Like

0 Comments:

All feedback, comment, suggestions and ideas are most welcome. Thank You for your support. I hope my writing somehow has helped you.

Thank you!