tarte Magic Wand Brush Set / Unicorn Brush


Hi! Assalamualaikum. Siapa sini suka unicorn? Ada tak kat sini yang obsess over Unicorn? Rainbow, Unicorn, Pastels and Fairy tales. Arghhh soooo cute kan? Baru-baru ni menjadi kegilaan makeup junkie adalah Tarte Unicorn Magic Wand Brushes. Nak tahu lebih lanjut teruskan membaca ya.

TARTE 
MAGIC WAND BRUSH SETS / UNICORN BRUSH 
A rainbow-hued collection of brushes inspired by unicorns.


 
Okay, post kali ni memang short and simple. To complete a good makeup look, definitely need appropriate tools too. Jadi pemilihan berus yang bagus boleh tolong melengkapkan makeup korang. Kalau product makeup bagus tapi tools tak cukup padu, nanti makeup tak rata, bercapuk-capuk dan warna nampak tak pigmented. Rugi bila korang dah ada skill makeup yang bagus, ditambah pula dengan product yang berkualiti tanpa alatan yang tak sesuai dan tak betul, rugi lah. 


Hari ni Vee just nak share tentang MAGIC WAND BRUSH SETS / UNICORN BRUSH dari Tarte. Tarte memang antara brand yang keluarkan barang makeup yang berkualiti dan pada masa yang sama, ianya dalam bentuk sangat cantik. Vee memang in love sangat dengan kebanyakan product Tarte, salah satu sebab nya adalah ianya nampak cantik sangat. Especially bila holiday edition keluar. 

Wrapping paper dia pun comel sangat, unicorn all the way!!


Review: 


Dia ada (5) warna pastel yang represent lima (5) jenis berus:
Pink Colour – Powder Brush: Boleh juga digunakan untuk foundation atau bedak. Personally Vee suka pakai pink brush ni untuk ratakan setting powder. Best je sebab bristle dia lembut! Nice one and it’s in pink tooo! 

Magenta colour – Contour brush: Memang dense atau padat bulu dia, jadi memang bagus untuk contouring atau strobe, bentuk bristle dia pun flat top brush. Boleh lah dapat contour parang tajam-tajam kat muka. 

Green colour – Eyeshadow Blending brush: Ini memang wajib ada, you should have at least satu (1) blending brush. Kalau Vee, Vee memang suka pakai blending brush untuk letak eyeshadow jadi warna dia tak la too harsh, soft-soft gitu and then nampak blend dengan kulit. Kemudian korang boleh build up lagi warna itu sampai korang puas hati. 

Blue colour – Shading/Eyeshadow brush: Berus ni kecik jadi nak buat shading kat hidung memang sesuai. Dan berus ni pun dense atau padat, jadi boleh pickup product lebih banyak. Kalau nak sapu glitter, boleh brush pakai ni sebab dia akan pickup banyak pada brush. Dia akan buat warna lebih pigmented. 

Purple colour – Liquid Foundation brush: Brittles dia fluffy tapi dense. Dia akan bagi high coverage kalau guna untuk foundation. Liquid foundation boleh, cream pun boleh.



Kali ni, Tarte mengeluarkan satu set berus yang super cantik. Ferrule dan handle dia dalam warna gold. Handle dia pula seolah-olah tanduk unicorn. So cute! Kepada sesiapa yang tidak tahu, ferrule itu adalah bahagian tengah antara handle berus dan juga bulu berus. Bulu berus selalunya orang panggil bristle. Bristle dia vegan free, so jangan risau ye. 

Dan according to tarte website:
 "Vegan, cruelty free collection of five fairytale-inspired brushes – no unicorns were harmed in the making!" 

Jangan risau ye pencinta unicorn, semua unicorn selamat. Bulu brush ni memang lembut je lalu kan kat muka. Bila Vee sapu brush kat muka, especially yang face brush dia warna pink tu, rasa macam tak nak stop sebab best sangat. 



To be honest, berus ni lebih kepada collection diri sendiri sebab dia cantik dan berkualiti. Kalau macam Vee kan, Vee sayang sangat nak pakai sebab cantik. Tapi definitely brush ni Vee pakai untuk diri sendiri sahaja lah. Not bad jugak, sebab dengan satu harga dapat lima (5) berus, dimana selalunya satu (1) berus pun kat store eg: Sephora kan ada yang dah RM100 lebih macam tu. Jadi memang berbaloi kalau nak grab.


Mana nak dapat Magic Wand Brush Sets / Unicorn Brush ni?
Vee beli di Instagram ni: https://www.instagram.com/mufyo/

1 box 5 brush RM 195
*masa ni Sephora belum ada lagi, so beli kat personal shopper international.

Tapi Sephora Malaysia online pun dah ada jual jugak. Boleh pergi ke website dorang okay?
Tarte Website pun ada jugak & ship ke Malaysia

Harga:
1 box 5 brush RM 170


Thank you for your time and I hope this has help you. Keep coming back, more reviews and tips are coming up. For any products suggestions or any tips that you would like me to try it out, you may do so, just leave your comment okay? Or you may contact me through my Instagram @veemarissa Have a nice day dolls!

*Disclaimer: Any products review in this blog are purchase with my own money and no sponsorship or paid review whatsoever unless it is stated. Merely my own experience and opinion on these items.

Lord Cosmetics Lipquid Lipstick [Swatches & Review]


Hi! Assalamualaikum. Hari ni Vee nak share tentang satu lagi brand liquid lipstick local. Yeah why not kan? Local liquid lipstick sekarang pun not bad taw. Pernah dengar tak brand Lord Cosmetics? Mungkin ada yang pernah dengar mungkin ada yang tak pernah dengar. Nak tahu lebih lanjut, teruskan membaca ya!

[Swatches & Review]
LORD COSMETICS
LIPQUID LIPSTICKS


Siapa yang pernah nampak poster Lord Cosmetics mesti tahu tentang poster mereka yang sangat boom! Bertemakan fairytale, memang cantik sangat-sangat poster Lord Cosmetics ni. Dan duta rasmi untuk Lord Cosmetics adalah Elfira Loy. Siapa yang tak kenal dengan pelakon yang kecil molek ni kan



Untuk keluaran pertama mereka, Lord Cosmetics keluarkan tiga (3) warna lipquid lipstick. Ha memang product Lord Cosmetics dah registered as lipquid taw siap ada TM lagi. Ha jangan pelik kalau sis panggil dia lipquid. Tiga (3) warna-warnanya adalah Starstruck (bloody red/ ruby red), Vivy (nude) dan Unicorn (nude dusty pink). Dengan ketiga-tga warna ini boleh dicampurkan dan menjadi warna-warna sekunder. Boleh lah campur Starstruck + Vivy ke, Starstruck + Unicorn atau Unicorn + Vivy. Jadi dengan membeli ketiga-tiga warna actually you guys boleh dapat enam (6) warna sebenarnya. 




Lipquid Lipstick ni datang dalam bentuk loose dan juga combo. Kalau combo, dalam satu box memang dah ada ketiga-tiga (3) warna.




 Yang menarik nya, lipquid lipstick dari Lord Cosmetics mengandungi 1% plumper. Lain daripada yang lain. 

Apa itu plumper?
“Sejenis magic portion yang akan membuatkan bibir anda akan nampak lebih mungil dengan menggunakan bahan dan teknologi yang terbukti berkesan. Plus, plumper kami adalah pain-less bee stung effect dimana kami tidak mengandungi botox dan anda tidak akan merasai sakit ketika memakainya!” 



Dengan mengunakan plumper, boleh tolong rawat bibir korang. Kebiasaannya, bila kita pakai liquid lipstick kan, once dah kering, akan menampakkan bibir kita merekah-rekah dan banyak lines pada bibir. Jadi tak cantik. Plumper ni akan help bibir lebih mungil dan penuh, baru cantik pakai lipstick.

Selain dah mengandungi 1% plumper dalam lipquid lipstick mereka, Lord Cosmetics juga ada mengeluarkan 100% plumper tube. Senang je nak guna. Pakai sikit dulu sebelum pakai lipstick, kemudian dab pada tissue selepas dalam 1 minit, untuk kurangkan plumper tu. Masa ni sepatutnya, korang akan rasa kebas-kebas kat bibir tu. Lepas tu baru pakai lipstick kegemaran korang. Kalau korang pernah pakai Lip plumper, ha, kat Sephora brand Too Faced pun ada jual lip plumper, tapi mahal sikit lah. Ikut lah mana kesesuaian dengan korang. 

Swatches: 








This one Vee campurkan Starstruck + Unicorn


Review:
 To be honest, Vee tak nampak lagi perubahan ketara bila pakai Lord Cosmetics ni, Cuma bila pakai lipquid tu baru nampak plump. Tapi temporary je la, tak ada lipstick tu tak ada lah plump bibir. Sama je macam kalau pakai yang bottle cap atau yang plumper plastic merah tu kan. After few hours dia akan deflated. Jadi dia tak kekal okay. Tapi personally Vee suka warna-warna Lord ni, Vee memang selalu bawak kemana-mana dan memang akan bawa ketiga-tiga sekali. Dia boleh mix so, sangat mudah untuk disesuaikan ke macam-macam majlis.

Vee memang kebanyakan masa diluar. Jadi satu hari dari pagi kadang-kadang sampai malam kat luar kan, jadi Vee akan pakai Unicorn untuk siang, ni memang favourite Vee, bila towards malam, Vee touch up dengan Starstruck. Muka pun penat, hari pun dah gelap, so kita bagi muka tak nampak pucat sangat, pakai warna yang lebih terang boleh naikkan wajah. Dia senang sebab, dia punya formula sama. Jadi bila nak sapu lagi dia tak break teruk. Tapi Vee advice kalau nak tukar warna lipstick better remove current lipstick kat bibir tu baru reapply warna lain. Warna akan lagi cantik. 


Mana nak dapat lipstick ni?
Harga:
RM 37 untuk 1 box Lipquid Lipstick
RM 37 untuk 1 box 100% Lip Plumper
RM 100 Combo (3 warna Lipquid Lipstick)

Thank you for your time and I hope this has help you. Keep coming back, more reviews and tips are coming up. For any products suggestions or any tips that you would like me to try it out, you may do so, just leave your comment okay? Or you may contact me through my Instagram @veemarissa Have a nice day dolls!

*Disclaimer: Any products review in this blog are purchase with my own money and no sponsorship or paid review whatsoever unless it is stated. Merely my own experience and opinion on these items.

Obsess Cosmetics Launch: Nuex Rosli X Syedewa Limited Edition Liquid Lipstick


Hi! Assalamualaikum. Agak lama juga Vee tak post kat blog. Memang busy, tapi Vee cuba sempat kan. Ha, kenapa tiba-tiba Vee blog dalam Bahasa Melayu pula kan? Sebab ada yang inform Vee dan contact Vee. “alaaa tulis la dalam Bahasa Melayu, kita tak reti sangat English” So Vee decided to mix my blog post in Malay and English. Boleh kan?

Jadi hari ni Vee nak cerita tentang Event
OBSESS COSMETICS LAUNCHING:
NUEX ROSLI X SYEDEWA LIMITED EDITION LIQUID LIPSTICK

 
 
Ha baru-baru Vee berpeluang untuk menghadiri event launching lipstick terbaru daripada Obsess Cosmetics.  Excitednyaaaaa sebab Vee actually menang contest yang membolehkan Vee dapat pergi ke launching event ni. Yeaaaayy! Contest yang telah dijalankan di page Facebook Obsess Cosmetic dan Vee adalah salah seorang pemenang. Weee rezeki weyy



Okay sekarang ni memang banyak sangat local product yang produce liquid lipstick. Macam-macam brand dan macam-macam warna yang terdapat di pasaran sekarang. Dan, siapa yang tak kenal Make Up Artist yang terkenal di Malaysia iaitu Nuex Rosli dan Syedewa kan. Mereka pun mengambil peluang untuk buat collaboration dengan Obsess Cosmetic maka terhasil lah, lipstick limited edition ni. Nak tahu lebih lanjut tentang event dan produk ni. Teruskan membaca ya.

Event pelancaran Limited Edition Lipstick ini diadakan di Flora Terrace. Ya Allah, tempat ni memang cantik sangat-sangat. Kalau nak cari tempat sweet dan romantic boleh try pergi ke restaurant ni. Decoration pun cantik, plus tema pada malam pelancaran itu pun Pastel. 




As free gift Vee dapat satu (1) box of liquid lipstick Limited Edition Obsess Cosmetic X Nuex Rosli X Syedewa. Dalam box ni ada kedua-dua warna, iaitu kod nya; NR dan SD. This pastel- nude lipstick cantik sangat. Kedua-dua MUA tersohor ini memilih shade yang sangat represent their own makeup style. Seperti warna kod NR, warna dia cokklat yang sangat elegant and nude. Bak kata Nuex Rosli warna dia memang Nuex Rosli pilih yang ala-ala ‘sesuatu’ sangat. Manakala, Syedewa memilih warna Nude Pink yang jarang terdapat di pasaran, dan warna ni pun sangat represent style makeup Syedewa yang suka kan makeup sweet and pink-pink.



Kalau korang campur kan kedua-dua warna warna dapat lagi satu warna! Best kan? Beli 1 kotak dapat dua (2) lipstick tapi actually boleh dapat tiga (3) warna. Jimat!


Packaging dia memang eye-catchy. Selalu nya bila cosmetics je mesti hitam packaging dia kan, and I always have problem with that haha. Tapi packaging Limited Edition Obsess Cosmetic X Nuex Rosli X Syedewa sangat cute bertema kan pastel. Memang nampak lain daripada yang lain. Good job guys! Love love love!



Bau dia pun best. Rasa macam nak makan je lipstick ni. Goshhh warna cantik, packaging lawa, bau best! Semua terbaik! Dan yang menarik nya, liquid lipstick ini ada mengandungi Argania Spinosa aka Argan Oil. Jadi dengan pakai lipstick ni pun akan bantu untuk rawat bibir anda. Best kan, boleh cantik-cantik, at the same time get treatment for your lips. Ada mengandungi Vitamin E jugak jadi lipstick ni tak kering merekah-rekah macam normal liquid lipstick la. Dia lambat sedikit kering maybe sebab ada Argan Oil tu, tapi once dah kering, dia akan cantik atas bibir.


Vee sempat bergambar dengan founder Obsess Cosmetics, Hafizatul Atikah dan MUA terkenal dan juga sifu makeup Vee Nuex Rosli dan Syedewa.



Kebetulan, MUA famous Ferra Rosa pun ada di majlis pelancaran ni. Dapat lah jumpa dengan kak Ferra Rossa yang cute ni. Vee memang minat kak Ferra punya hasil makeup. Dapat jumpa depan-depan macam dream come true jugak la. 

  
Annnnd, then Vee dapat bergambar dengan blogger famous Nisa Kay. She is a very sweet person. Humble too! Suka sangat, it's nice to see you Nisa. =)

Mana nak dapat lipstick ni?
Boleh contact Agent & Stokist mereka
Boleh follow Social Media Obsess Cosmetics
Harga RM99 untuk 1 box (ada dua warna lipstick)


By the way, Congratulations to founder Obsess Cosmetics, Hafizatul Atikah or known as Amoi, Nuex Rosli & Syedewa on this collaboration and launching. Nice lipstick indeed!You guys should try this lipstick! Berbaloi sangat dengan harga dan quality yang korang akan dapat. Seriously worth every penny.



Masa event tu dapatlah vee berpeluang buat kawan baru. Masa kat event tu, Vee memang tak kenal siapa-siapa, jadi macam kekok sikit, sebab tak kenal orang kan? Thanks Lisa, teman Vee sama-sama selfie, berborak dan share many things with me. Oh ya, Lisa ni pun agent Obsess Cosmetics, boleh beli dengan Lisa okay? 




If kalau korang nak, Vee akan buat another post for swatches and total review of this lipstick ya =) Special thanks to my Mr Yemok, sebab hantar dan ambil Vee ke majlis launching ni. So sweet of you risau, Vee pergi sorang-sorang balik sorang malam-malam. Thanks love! 


Okay, that's all everyone. Thank you for your time and I hope this has help you. Keep coming back, more reviews and tips are coming up. For any products suggestions or any tips that you would like me to try it out, you may do so, just leave your comment okay? Or you may contact me through my Instagram @veemarissa Have a nice day daisies!