eyeshadows

Get duCk-ed with Duck Cosmetics [Shopping Experience at Duck Cosmetics & Review: #AllEyeAsk Eyeshadow Palette]

1:08:00 PM,0 Comments


Hi! Assalamualaikum. Post kali ni Vee nak bawa korang ke Duck Cosmetics Outlet. Siapa yang tak kenal dengan brand Duck kan? Dari Scarves, Stationaries, Bag kemudian mereka keluarkan pula towel yang gebu gebas tu dan yang paling latest product Duck yang Vivy Yusof keluarkan adalah Duck Cosmetics. According to The Star “it is the first Malaysian beauty brand setting up shop at the Pavilion Kuala Lumpur shopping mall” - The Star News



[Shopping Experience & Review]
Duck Cosmetics, Pavillion Kuala Lumpur
#AllEyeAsk Smokey Eyeshadow Palette.

Jom kita masuk Duck Cosmetics Outlet ni. Outlet dia berada di tingkat 6 Pavillion berhadapan dengan Duck Scarves. So kepada peminat-peminat Duck products atau peminat Vivy Yusof. Memang mudah korang shopping kat sini. 



Interior dia memang sangat cantik. Bertema kan Vanity dalam bathroom, tema kesemuanya dalam warna putih! Memang terang dan cantik sangat outlet dia that you wish you have a vanity like this. Especially bathtub dia. Duck Cosmetics menyediakan banyak station dengan products mereka untuk pelanggan dia cuba. Mirror jangan cakap, memang banyak. So boleh take your own time untuk try product Duck ni. 

 


Untuk keluaran yang pertama ini atau selalu kita panggil “Debut collection”, Vivy Yusof bukan sahaja keluaran satu jenis makeup item tapi untuk Debut collection ni:- Dua (2) palette eyeshadow #AllEyeAsk Nude & Smokey, Lipsticks dari #Lipstickwitu Lipsticks kemudian #GlossipGirl Lip Gloss dan Duck juga keluarkan #MatteDecisions Lip Cream. Banyak kan? Mereka juga keluarkan tiga (3) jenis Makeup Remover #NoFilter – Refreshing, Hydrating & Brightening. 








Harga:
#Lipstickwitu Lipsticks RM 70
#GlossipGirl Lip Gloss RM 60
#MatteDecisions Lip Cream RM 75
#AllEyeAsk Eyeshadow Palette RM 135
#NoFilter Makeup Remover RM 100

Vee try kesemua product yang ada di Duck Cosmetics. Spend quite lama juga kat dalam tu. Tapi surprisingly, their staff sangat friendly dan tak fuzzy atau bossy. So korang boleh try je product dorang, dan dorang tak akan kacau korang. Take your time! I know, some kedai cosmetics, kita baru selangkah dah follow macam hawk kan? Kita pun tak selesa nak membeli atau nak browse around kan? Tapi my experience kat Duck Cosmetics, superb! 



 
Masa Vee pergi outlet ni, they actually have a mini game. Game dia macam Tic Tac Toe, kita main against staff Duck dan setiap coin yang kita masukkan ada nilai-nilai duit. Bila kita dapat buat empat (4) coin dalam satu straight line, then kita menang!! Haha I’m sure did win weeeee! Bab-bab main game ni, iolss competitive sikit, okayhh. Total amount tu adalah nilai diskaun untuk #AllEyeAsk Eyeshadow Palette. 




According to their staff, Vee won their highest amount for that day! Yeayyy! Alhamdulillah. Actually, ini adalah marketing strategi yang bagus. Macam Vee dah dapat diskaun rasa mcam rugi nak let go, jadi “ah amek lah satu eyeshadow palette balik rumah try then boleh give my opinion kat blog” See! Maka ter-beli lah satu eyeshadow palette. Hehe 

Okay dah beli, muka dah happy mari lah kita balik. Teruskan membaca kalau anda ingin tahu opinion Vee tentang #AllEyeAsk Eyeshadow Palette in Smokey ni. 



Review:
Packaging dia nice, bertemakan warna tema duck iaitu purple. Ada magnet bila nak tutup palette jadi dia akan tutup rapat-rapat. Palette ni juga ada cermin, which senang nak bawa travel. Vee memang suka compact atau eyeshadow palette yang ada cermin, bila tak ada tu rasa macam “eh tak complete lah tak ada". Satu eyeshadow palette ni consist 10 warna setiap satu ada dalam 2.8g, formula tanpa parabens and infused with Vitamin E, which is good! Tapi palette ni tak smell anything or maybe Vee only perasan ada bau bedak, which is Vee suka lah. Tapi Vee rasa memang tak ada bau-bauan dimana selalunya eyeshadow ni orang akan letak certain smell untuk kita lagi tertarik. Kemudian bila Vee check ingredient, memang tak ada fragrances pun. Untuk yang tak suka ada fragrances dalam cosmetics dia, maybe you will like this. 



To be honest, Vee rasa #AllEyeAsk Eyeshadow Palette ni okay lah. Tak ada lah macam wow sangat. In fact, not all colours dalam Smokey palette tu yang Vee suka. Some colours are more ash-ish tone. How I wish actually to have some colour yang dalam Nude palette, mix dengan some colours from Smokey palette. Tapi ni based on my personal preferences lah. 



Then, colour tak pick up banyak sangat, which kita kena swatch beberapa kali untuk warna tu nampak terang atau transfer nicely. Even Vee dah siap makeup, Vee patah balik untuk terangkan dan tambah lagi eyeshadow tu untuk bagi lagi nampak warna dia. Tapi, in my opinion lah, sebab Vee quite tan, and these palettes will definitely work well dengan orang kulit nya fair. Untuk tan skin you kena work harder sikit untuk warna tu nampak. Di bawah adalah mangsa yang rela bagi swatch pada tangan nya, haha (no lah he offers his hand since mine penuh dengan lipstick, so sweet of you )



In terms of fall out tu, memang ada, tapi tak la banyak dan teruk sangat. Cuma kena be mind that, palette ni boleh nampak kotor disebabkan fall out tu as some people dia tak suka palette dia nampak messy (like me!) hehe. Kalau korang simpan makeup korang dalam alex drawer yang putih tu, maka ingat lah (gituuu) untuk buang fall out eyeshadow korang tak kira brand apa sebelum simpan ye. Nanti kotor laci, dah la putih.

Here is how I look with Smokey Eyeshadow Palette: Vee guna (Grape Sorbet, Glazed Pretzel, Mocha Frappe, Chocolate Tarte & Dark Chocolate).




Overall opinion on overall Duck Cosmetics products:
Vee did try semua product Duck Cosmetics di outlet dia, haha spend masa lama juga kat situ (sorry awak, nasib lah dia pun excited sama). In all lipstick dia, Vee cuma suka satu colour sahaja iaitu LipstickWitU Lipstick- Bubbly Carol. Tapi kalau nude lipstick ni, kat cosmetic market luar sana banyak je choice lagi, so boleh jumpa the same dupe. Moreover, shades yang ada available, Vee rasa tak sesuai dan tak flattering dengan Vee. Maybe tak sesuai dengan tan skin like mine. Masa Vee try LipstickWitU Lipstick- Ravishing Janice, dia nampak macam Maroon lipstick, tapi bila swatch, dia actually not that maroon, lebih dark-pink ish like that. So kat situ, Vee disappoint sikit lah.

In terms of their #Nofilter Makeup Remover, not that bad, tapi kan, bila Vee swatch Matte Lipstick dia dan kemudian dia kering, lepas tu Vee nak remove kan,  kena macam tonyoh lebih untuk remove. So of course, Vee tak nak buat macam tu kat my face skin kan. Bila Vee swatch eyeshadow dia lightly je kat tangan, senang je remove. Kat outlet dia ada juga sediakan Micellar Water kat try-station dia. Vee lagi prefer to use that sebab lagi bersih. Tapi kalau korang jenis light makeup users, pakai #NoFilter makeup remover ni pun dah okay dah. Cuma Vee lagi prefer Makeup Remover yang Vee dah ada sekarang. 


In my opinion, in terms of harga #AllEyeAsk ni affordable, kalau lipstick, Vee rasa kat luar ada lagi yang lebih affordable, tapi kalau nak beli, beli lah baru range RM60-RM75 sebatang lipstick. In terms of colours, Vee honestly think korang boleh dapat warna yang lebih cantik. 

Kalau nak compare lah dengan any other establishing cosmetics company kan, memang ada yang lagi better kat luar sana. Tapi kena be mind that dorang dah bertahun-tahun buat makeup. Experience dia sangat luas, jadi nak compare kan dengan brand baru mcam Duck ni, tak fair lah kan. Sedangkan a well-known makeup brand pun kadang-kadang fail juga bila keluarkan product baru. Macam baru-baru ni, hype tentang fall out Anastasia Subculture Palette kan?


Tapi, untuk as debut collection, Vee really think that Duck team did a good job. Bukan senang keluarkan satu collection ni, mungkin in the future akan improve dan keluarkan lagi banyak pilihan dan banyak lagi jenis barang makeup. Chill la, baru debut, baru first collection. Definitely akan ada more collection to be expected from Duck Cosmetics. Support lah jangan kecam, beri input yang membantu bukan mengecam, this is our local cosmetics products, siapa lagi nak bangga dan siapa lagi nak support our local products kalau bukan kita.

P/s: Kalau korang nak tahu foundation apa Vee pakai dalam look ni, tunggu next post okay?

Thank you for your time and I hope this has help you. These are merely my personal opinion, experiences and preferences. Keep coming back, more reviews and tips are coming up. For any products suggestions or any tips that you would like me to try it out, you may do so, just leave your comment okay?

*Disclaimer: Any products review in this blog are purchase with my own money and no sponsorship or paid review whatsoever unless it is stated. Merely my own experience and opinion on these items.

You Might Also Like

0 Comments:

All feedback, comment, suggestions and ideas are most welcome. Thank You for your support. I hope my writing somehow has helped you.

Thank you!