classes

The Best Makeup Class Goodies - Nuex Rosli MakeUp Class

2:51:00 PM,1 Comments



Hi! Assalamualaikum. Recently, Vee ada join satu lagi makeup class dari Sifu favourite Vee iaitu Nuex Rosli. Siapa yang tak kenal Nuex Rosli kan, makeup dia memang letop, dan orang nya pun sangat humble. Nak tahu lebih lanjut tentang kelas ni, teruskan membaca ya. 

MAKEUP CLASS NUEX ROSLI
PALM SEREMBAN HOTEL @ SEREMBAN

Vee dapat tahu tentang class ni dari Facebook Nuex Rosli sendiri, last time Vee pergi kelas dia tapi combine dengan Syedewa, boleh baca post tu di sini: Event: Makeup Master Tour 2016. This time hanya Nuex Rosli sahaja. At first Vee nak join yang di Bangi punya class tapi sebab tak sempat dan ada kerja pada hari yang sama. So Vee join kelas yang di Seremban. Actually Nuex Rosli buat tour makeup class di serata Malaysia. Next class di Terengganu dan Miri, so kalau korang berminat, pergilah kelas dia. 

 

Kelas dia tak ramai cuma 35 orang je, so just nice untuk belajar. Walaupun Vee duduk belakang sekali, tapi still nampak, jelas dan masih rasa dekat dengan Nuex Rosli dan modelnya. Good ambience to study. Nice! Bila dalam kelas ni, lebih banyak kita boleh tanya dan serap ilmu compared dengan class di FB Live. Sebab ni immediate two-way communication, masa NR tengah tunjuk kita boleh terus tanya dan NR jawab pun immediately. Kalau kat FB Live kadang-kadang NR tak perasan comment kita dan terlepas soalan kita. Kalau dalam kelas jugak, kadang-kadang kita tak terfikir nak tanya sesetengah soalan, tapi disebabkan kawan-kawan dalam kelas tu bertanya, eventually, kita pun dapat input jugak


Kelas dia provide buffet breakfast and lunch yang sedap dan banyak gila pilihan. Memang berbaloi sangat. NR ajar dua (2) look, yang pertama look yang NR makeup pada Sari Yanti masa Malam Berinai Sari Yanti yang viral baru-baru ni dan satu lagi Makeup Dark Brown Smokey look yang boleh dipelbagaikan mengikut kreativiti dan kesesuaian majlis. Kelas ni dia dari Basic to Advance punya class. Jadi sesiapa yang nak jadi MakeUp Artist memang sesuai sangat pergi kelas NR ni. Dan NR pun provide notes, cara-cara dan barang-barang apa yang NR suggest untuk guna. Senang nak refer masa kelas dan masa nak apply kemudian. 



First look: Sari Yanti Malam Berinai


Second Look: Dark Brown Smokey Eyes

Ha ni meja Sifu dengan barang-barang makeup nya. Lepas second session NR bagi kitaorang try product-product yang NR guna. 


Tapi, the best part of NR punya makeup class adalah THE GOODIES!! Ya Allah goodies dia macam baru balik dari shopping time sale. Sampai empat (4) paper bags bawa balik. Gila tak seronok, muka semua terus happy nampak goodies menimbun. Alhamdulillah rezeki dapat bawa balik ilmu dan goodies yang cecah RM800. Dapat baju kurung dari Mek Kembang Cotton, NR Cosmestic makeup stuff, NYX, Urban Decay, Hermosa, Trulooks, Brush dari Beauty Hearts, Organic Oil, Argania Oil, supplement dari Tun Teja, Fame Cosmetics. Hope Girl dari Nafura, Cathy Doll dan Shawl Obor-obor hehe dari Absolute yang super cantik.

This is the video that I made:

The Goodies:
 
 
 
 
 
 
 

Penuh satu meja! Excited nya nak play with all these items!! Love love love! *sorry for the mess in my room, room transformation belum siap lagi*

This time Vee pergi seorang tanpa kawan, jadi masa kat sana Vee buat lah kawan-kawan baru. It's nice to meet you all girls. Hope to see you guys again. And goodluck in Makeup Artist industry in Malaysia.
 
 

 


Thank You NR for the ilmu and the goodies.
Semoga ilmu-ilmu yang dituntut ni dapat improve kan lagi Makeup skill vee. Ilmu kena sentiasa di cari dan diperbaharui, supaya skill kita sentiasa up-to-date dan semakin bagus. In Sha Allah Vee boleh makeup sebagus sifu-sifu MUA =)


Thank you for your time and I hope this has help you. Keep coming back, more reviews and tips are coming up. For any products suggestions or any tips that you would like me to try it out, you may do so, just leave your comment okay? Or you may contact me through my Instagram @veemarissa Have a nice day dolls!

*Disclaimer: Any products review in this blog are purchase with my own money and no sponsorship or paid review whatsoever unless it is stated. Merely my own experience and opinion on these items.

You Might Also Like

1 comment:

All feedback, comment, suggestions and ideas are most welcome. Thank You for your support. I hope my writing somehow has helped you.

Thank you!