event

Obsess Cosmetics Launch: Nuex Rosli X Syedewa Limited Edition Liquid Lipstick

11:57:00 PM,0 Comments


Hi! Assalamualaikum. Agak lama juga Vee tak post kat blog. Memang busy, tapi Vee cuba sempat kan. Ha, kenapa tiba-tiba Vee blog dalam Bahasa Melayu pula kan? Sebab ada yang inform Vee dan contact Vee. “alaaa tulis la dalam Bahasa Melayu, kita tak reti sangat English” So Vee decided to mix my blog post in Malay and English. Boleh kan?

Jadi hari ni Vee nak cerita tentang Event
OBSESS COSMETICS LAUNCHING:
NUEX ROSLI X SYEDEWA LIMITED EDITION LIQUID LIPSTICK

 
 
Ha baru-baru Vee berpeluang untuk menghadiri event launching lipstick terbaru daripada Obsess Cosmetics.  Excitednyaaaaa sebab Vee actually menang contest yang membolehkan Vee dapat pergi ke launching event ni. Yeaaaayy! Contest yang telah dijalankan di page Facebook Obsess Cosmetic dan Vee adalah salah seorang pemenang. Weee rezeki weyy



Okay sekarang ni memang banyak sangat local product yang produce liquid lipstick. Macam-macam brand dan macam-macam warna yang terdapat di pasaran sekarang. Dan, siapa yang tak kenal Make Up Artist yang terkenal di Malaysia iaitu Nuex Rosli dan Syedewa kan. Mereka pun mengambil peluang untuk buat collaboration dengan Obsess Cosmetic maka terhasil lah, lipstick limited edition ni. Nak tahu lebih lanjut tentang event dan produk ni. Teruskan membaca ya.

Event pelancaran Limited Edition Lipstick ini diadakan di Flora Terrace. Ya Allah, tempat ni memang cantik sangat-sangat. Kalau nak cari tempat sweet dan romantic boleh try pergi ke restaurant ni. Decoration pun cantik, plus tema pada malam pelancaran itu pun Pastel. 




As free gift Vee dapat satu (1) box of liquid lipstick Limited Edition Obsess Cosmetic X Nuex Rosli X Syedewa. Dalam box ni ada kedua-dua warna, iaitu kod nya; NR dan SD. This pastel- nude lipstick cantik sangat. Kedua-dua MUA tersohor ini memilih shade yang sangat represent their own makeup style. Seperti warna kod NR, warna dia cokklat yang sangat elegant and nude. Bak kata Nuex Rosli warna dia memang Nuex Rosli pilih yang ala-ala ‘sesuatu’ sangat. Manakala, Syedewa memilih warna Nude Pink yang jarang terdapat di pasaran, dan warna ni pun sangat represent style makeup Syedewa yang suka kan makeup sweet and pink-pink.



Kalau korang campur kan kedua-dua warna warna dapat lagi satu warna! Best kan? Beli 1 kotak dapat dua (2) lipstick tapi actually boleh dapat tiga (3) warna. Jimat!


Packaging dia memang eye-catchy. Selalu nya bila cosmetics je mesti hitam packaging dia kan, and I always have problem with that haha. Tapi packaging Limited Edition Obsess Cosmetic X Nuex Rosli X Syedewa sangat cute bertema kan pastel. Memang nampak lain daripada yang lain. Good job guys! Love love love!



Bau dia pun best. Rasa macam nak makan je lipstick ni. Goshhh warna cantik, packaging lawa, bau best! Semua terbaik! Dan yang menarik nya, liquid lipstick ini ada mengandungi Argania Spinosa aka Argan Oil. Jadi dengan pakai lipstick ni pun akan bantu untuk rawat bibir anda. Best kan, boleh cantik-cantik, at the same time get treatment for your lips. Ada mengandungi Vitamin E jugak jadi lipstick ni tak kering merekah-rekah macam normal liquid lipstick la. Dia lambat sedikit kering maybe sebab ada Argan Oil tu, tapi once dah kering, dia akan cantik atas bibir.


Vee sempat bergambar dengan founder Obsess Cosmetics, Hafizatul Atikah dan MUA terkenal dan juga sifu makeup Vee Nuex Rosli dan Syedewa.



Kebetulan, MUA famous Ferra Rosa pun ada di majlis pelancaran ni. Dapat lah jumpa dengan kak Ferra Rossa yang cute ni. Vee memang minat kak Ferra punya hasil makeup. Dapat jumpa depan-depan macam dream come true jugak la. 

  
Annnnd, then Vee dapat bergambar dengan blogger famous Nisa Kay. She is a very sweet person. Humble too! Suka sangat, it's nice to see you Nisa. =)

Mana nak dapat lipstick ni?
Boleh contact Agent & Stokist mereka
Boleh follow Social Media Obsess Cosmetics
Harga RM99 untuk 1 box (ada dua warna lipstick)


By the way, Congratulations to founder Obsess Cosmetics, Hafizatul Atikah or known as Amoi, Nuex Rosli & Syedewa on this collaboration and launching. Nice lipstick indeed!You guys should try this lipstick! Berbaloi sangat dengan harga dan quality yang korang akan dapat. Seriously worth every penny.



Masa event tu dapatlah vee berpeluang buat kawan baru. Masa kat event tu, Vee memang tak kenal siapa-siapa, jadi macam kekok sikit, sebab tak kenal orang kan? Thanks Lisa, teman Vee sama-sama selfie, berborak dan share many things with me. Oh ya, Lisa ni pun agent Obsess Cosmetics, boleh beli dengan Lisa okay? 




If kalau korang nak, Vee akan buat another post for swatches and total review of this lipstick ya =) Special thanks to my Mr Yemok, sebab hantar dan ambil Vee ke majlis launching ni. So sweet of you risau, Vee pergi sorang-sorang balik sorang malam-malam. Thanks love! 


Okay, that's all everyone. Thank you for your time and I hope this has help you. Keep coming back, more reviews and tips are coming up. For any products suggestions or any tips that you would like me to try it out, you may do so, just leave your comment okay? Or you may contact me through my Instagram @veemarissa Have a nice day daisies!

You Might Also Like

0 Comments:

All feedback, comment, suggestions and ideas are most welcome. Thank You for your support. I hope my writing somehow has helped you.

Thank you!