Traffic, Drivers and Congestion

7:10:00 PM Vee Marisa 1 Comments

Hai dan Assalamualaikum.

Dah lama Vee tak buat entry emo macam ini, so kali ini, entry emo, nak bace, silakan tak nak baca pun ikut suko dek kau lah. =) No heart feelings okay. 

Sekarang kalau perasan kan? Dekat jalan raya, especially around KL, dah banyak kereta, orang-orang kat Malaysia ramai dah mampu nak beli kereta. Bagus! Asset tu! Tapi yang tak bagus nya sikap pemandu-pemandu tersebut. Petik dari perkataan kawan Vee, "Kau ingat kau sorang je ada kereta???" 

Okay, first of all, Vee paling panas hati sangat pada orang yang tak ambil berat pada pemandu lain. Hanya fikir diri sendiri sahaja, bila dah accident nak salah kan orang lain, lepas tu dah jadi punca jam yang berjam-jam sebab pemandu lain baik hati sangat and concern nak tahu ape cerita. Yang tak kisah, tak kisah sangat, yang kisah pun masalah jugak.

Vee geram dengan orang yang memandu tetapi suka makan jalan. Kadang-kadang bila kita nak speed pun takut kalau-kalau kereta tu termakan lagi dan boleh menyebabkan accident, kan nanti dah jadi hal pulak kan? Kalau honk dekat kereta tu, nanti bile berselisih mula lah nak tunjuk buku lima dan turun kan tingkap dan marah-marah, sedangkan salah sendiri tak sedar.

Kemudian, pemandu yang bajet drifter dekat jalan raya. Masuk kiri masuk kanan, lagak cam pro. Sedangkan dah memang aware jalan tu sentiasa jem. Tapi buat macam tu, buat nya tiba-tiba kereta lain tak sempat break ke, ada kereta lain tiba-tiba masuk ke? Tak ke naya, cari pasal betul. Lagi hebat kalau ada pak cik polis nampak, saman on the spot, tak pasal-pasal duit melayang! 

Lagi?? Attitude Malaysian Drivers, dah duduk kanan, bawak 40km/hr gila panas! Even lane tengah dan kiri lagi laju, bila di honk or main lampu, buat tak tahu sahaja. Haishh, menguji kesabaran, Mane lah rakyat malaysia tak sakit jantung kan? 

Kemudian, ini kes kecemasan pulak, dah dengar and nampak ambulance or police in rushing kat belakang, boleh jadi tolong tengok je, ketepi lah. Ada je drivers yang tak nak mengalah, tak nak ketepi. Ada pulak yang ketepi tapi, sikit sangat Ambulance tu pun tak lepas, takut sangat ke kereta calar sebab ketepi sangat? Cuba fikir, tak nak ketepi sebab tak nak kereta kena border jalan takut calar or kereta calar sebab Ambulance bergeser?? Pilih la!! and Cuba fikir, kalau orang yang kat dalam Ambulance tu, ahli keluarga or orang yang kita sayang, apa kita rasa bila pemandu lain buat macam tu dekat kita? Something to think about. 

Nak baca lagi? Ada lagi, ini untuk masa jem. Cuba krang bayangkan masa jem yang disebabkan lampu merah. Okay, macam ni, selalu jalan tu dah hijau tapi jalan yang kita nak masuk tu penuh kan? So wajar ke? kita berada di dalam kotak kuning? Lagi-lagi dalam bandar KL, boleh menyebabkan hala lain pun sama stuck, Bila satu part dah stuck akan affect sepanjang-panjang jalan itu. Kan dah susah kan orang lain.

Dan yang dah ada kat jalan itu, bertolak ansur lah sikit, kedepan kan kereta korang, cukup la sebesar ruang sebuah motorsikal untuk lalu, sebab Vee cakap macam ni? Bila kita kedepan akan ada ruang kosong sikit jadi kereta-kereta yang stuck dalam kotak kuning boleh move kedepan. So kita bertolak ansur dan bekerjasama, tak akan ada masalah punya! 

Lagi satu yang buat jiwa ini merana. Signal! Tahu apa itu signal? Sila lah guna signal anda bila ada kenderaan lain dihadapan dibelakang or dikiri or kanan korang. Without using signal, boleh cause an accident taw. Salah satu penyumbang ataupun faktor-faktor kemalangan di Malaysia disebabkan tidak menggunakan Signal. So, apa guna nya orang ciptakan signal kalau tidak digunakan? Betul tak?

Tak habis bebel lagi ini, banyak lagi. Kali ini pasal lampu kereta pula. Tahu tak pengunaan lampu putih adalah dilarang? Boleh silau mata, terutama pada waktu malam, dan bila hujan yang lebat di siang hari dan pakai lampu putih, pemandu dihadapan korang tidak dapat melihat korang, bahaya taw!  Yang pakai lampu putih satu hal, yang suka pasang spotlight, lampu banyak-banyak, lampu macam pokok krismas, lampu bawah kereta nak suluh apa pun tak tahu lah dan memasang lampu tinggi, memang tak patut! Lagi-lagi dalam KL, yang kita sudah sedia maklum memang tersangat banyak nya lampu, so rakyat malaysia, jikalau anda rasa anda duduk ditempat yang memang sangat gelap dan tak ada lampu sila hias kereta anda seperti pokok krismas. Pasal lampu tak habis lagi ini, ni lagi satu jenis attitude, siang-siang hari pasang lampu kereta. Nak kata gelap, terang benderang, Tak paham-tak paham..

Yang bercinta sakan, bawak terhuyung hayang pun satu hal, kang kena kereta lain, ha, Bf/gf ko yang dok sebelah yang teruk kena nanti, kalau kereta or motorsikal, buat nya langgar lori ke bus ke pffff tak pasal-pasal duduk bawah lori or bus nanti, tahu-tahu bangun dekat hospital nanti, berbalut sana -sini. Kan da susah kan orang lain. Kalau bangun-bangun ada kat hospital tak apa, tapi kalau sadaqallahhul 'azim macam mana?? Fikir kan kembali!

Kadang-kadang bila jalan jem kita pun jadi pelik, kenapa jem teruk ni, ada ape kat depan tu? Kita pun jadi tertanya-tanya kan? Tapi bila sampai je kat depan tak ada apa-apa pun, kosong je, ada pulak, jem nye kat lane hala balik sebelah sana, lagi lah frust. Ini pengalaman Vee beberapa hari lepas, punya jem depan Sg Wang, ingat kan sebab traffic light or sebab orang parking tepi jalan. Rupa-rupanya, semua orang slow driving sebab dok tengok ada orang kena saman kat tepi. Adehh! Tepuk dahi masa tu.

Lagi satu, malaysian drivers kan bila nampak polis je atas jalan raya, terus nak slow teramat sangat. Dari 80km/hr turun terus smpai 30-40km/hr. Slow gila. Polis tu bukan apa, cuma jaga jalan je so that tak jem, ni tak dorang ni slow sangat sampai jadi cm stuck. Lepas je polis tu, bukan main lagi masing-masing pecut balik macam ada kucing nak terberanak dalam kereta.

Okay confirm ni last, masa kat tempat tol, korang tak rasa geram ke, dari kanan konon-konon nak masuk Smart Tag tak pun Touch and Go zaaappp ke kiri sekaly, rupa-rupanya bayar guna tunai. Lagi geram orang yang bayar guna tunai, tapi masuk lane Touch and Go and SmartTag, lepas sangkut kat depan, dah orang lain pun stuck sama.  Kan dah susah kan orang lain.

Niat Vee bukan nak kutuk or hina sesiapa, sebab Vee juga Malaysian Drivers, tapi ini peringatan kepada diri Vee sendiri dan jugak orang lain. Jadi prihatin pada masa yang sesuai dan jadi lah pemandu berhemah, tak ada apa benefits yang kita dapat dengan memandu secara merbahaya. Sayangi diri kita,  keluarga, insan tersayang dan juga nyawa yang telah Allah pinjam kan pada kita.

Musim perayaan sudah dekat, memandu dengan cermat. Hopefuly, musim raya kali ini, kemalangan dapat dielakkan. Amin!

Take Care!











1 comment:

  1. Really great article with very interesting information. You might want to follow up to this topic!?! 2011

    ReplyDelete

All feedback, comment, suggestions and ideas are most welcome. Thank You for your support. I hope my writing somehow has helped you.

Thank you!