Iftar with My Two Bestie!

3:10:00 AM,1 Comments

Hai dan Assalamualaikum

Dari pagi tadi nak update blog, dah online, tapi termenung je tengok keyboard, ayat semua dah cun dalam otak dah, tapi tak taip-taip lagi. Ini nama nya malas! Lama-lama, laptop ini yang tengok Vee! Bukak new post, tapi biar je kosong. Adess! Lately ni, kepala Vee benggong sikit, sebab Vee macam kena insomnia, tak boleh tidur malam. Siang, buat apa pun lembab, bila malam je bersemangat. Tak tahu lah kenapa, nak kata mind setting, Vee dah try da, tapi entah lah, tu yang bila malam je baru nak aktif! Mama Vee cakap, tu je lah kerja kau, jadi musang je!

Okay, post ini bukan nak cerita tentang sakit Vee. Vee nak cerita, Iftar with my two best friends on the first week of Ramadhan. Cehh! Baru nak update, ape dah! Tak sempat lah. hehe. Okay, First weekend bulan puasa, Mirza aka KP, Farah and me, decided to go to The Curve for Iftar. Mula-mula Vee keluar pick up Farah then went to One Utama, jalan-jalan, window shopping. Tapi disebabkan old wing One Utama tutup, so tak banyak sangat nak window shopping lah kan. Then, we headed to The Curve.

Sampai je The Curve, sambung window shopping sambil tunggu Mirza datang, sampai kiteorang dah tak tahu nak buat ape. Then tunggu Mirza datang, sambung lagi berjalan dan bergambar. Lepas tu tunggu untuk berbuka. Vee dengan Farah book tempat berbuka kat restaurant The Gardens. Simple hang out, tapi gembira. Lama tak jumpa mereka berdua nie. Sakit-sakit perut gelak bila dah berkumpul! Next time, jumpa lagi beb! Celeb birthday Farah pulak!!


Macam biasa lah, Vee akan share gambar. Here, gambar-gambar nya.


 Me with Farah!



 Manja tak? hehe Sayang kamoo kembar!

 Me with KP aka Mirza!


 Kami main ni, and menang!! Comel x??

Okay lah, tu je nak story! See ya soon everyone!
Take Care









You Might Also Like

1 comment:

  1. Babe, kenapa kawan you senyum camtu? Nampak mcm masam muka pun ada jugak. Hehe. Suruh lah dia senyum nampak gigi. Dia dah manis dah :) You, gorgeous as always. hehe

    ReplyDelete

All feedback, comment, suggestions and ideas are most welcome. Thank You for your support. I hope my writing somehow has helped you.

Thank you!