Entry Mengarut Selepas Sahur

6:52:00 AM,0 Comments

Hai dan Assalamualaikum..

Selamat Bersahur dan Berpuasa kepada kaum muslimin dan muslimat. Tak sangka hari ini masuk lah hari ke 13 kita mengerjakan ibadah puasa. Sekejap je kan? Masa kecik-kecik dulu, rasa lama sangat. Balik-baik tengok jam dah pukul berapa. Tidur je kerja, lepas tu bangun balik tengok jam, lambat lagi nak buka. Pergi main kat luar macam orang tak puasa, dah penat main kat luar, masuk dalam merengek nak buka puasa. Masuk bilik air curi-curi minum air paip. Paling tak pun, mandi bukan main lama lagi, sudah nya kena bebel ngan mak je. Ni semua masa kecik, bila fikir-fikir balik, -nakal nya aku!-

Kalau cerita tentang sahur kan? Vee memang suka sahur, makan macam-macam, kadang-kadang heavy, kadang-kadang simple je. Tapi tak ada beza pun, sebab nanti petang lembik jugak... hehehe. Bila rasa nak diet, Vee minum la hot choc tak pun milo ke. Tapi kalau dah puasa kat rumah ni, harapan lah nak diet. Walaupun bila tiap kali Vee makan pagi then mesti berkejar-kejar acara tuttt di dalam toilet, tapi still suka bersahur. (Perut Vee memang tak reti makan pagi)

Now, Vee nak cerita. Al-kisah hari ini, Favourite makanan Vee memang ayam. So, saya bangga mengatakan saya lah "pembunuh warga ayam". Kalau tak ada ayam, memang tak jalan lah nak makan. Nak dijadikan cerita, semalam berbuka tak ada ayam, sebab semalam orang yang jual barang mentah tu, tak bawa ayam, jadi Vee ngan guru besar pun pergi lah ke bazaaar ramadhan mencari lauk ayam. So, jumpa lah satu gerai ini, dan masa buka tadi, dengan penuh berselera, main sudu je makanan tu, sebab heaven dah ada ayam.

Kemudian ayam tu ada lebih, masuk lah dalam peti sejuk supaya boleh di makan lagi pada sahur ni. So, bangun sahur pagi ni penuh harapan dapat makan nasi ngan lauk ayam rendang. Bersemangat turun dapur ambil pinggan dan, Bismilllah, masuk lah sesuap demi sesuap. Waaaahh syahdu nya makan ayam. Sampai lah ke suapan nasi yang terakhir............... "Aik rasa-rasanya semalam beli ayam dua je tapi kenapa ada lagi satu ayam kecik nie" belek punya belek, tak nampak macam serai, "arghhhh ayam kot", ale-ale rupa-rupanya KAKI AYAM!! ERRKKKK!!

Terus rasa kembang tekak, dah terus buang, memang tak baik membazir, lagi-lagi dah tinggal satu suap yang terakhir, tapi apa nak buat memang dah rasa nak terkeluar balik segala isi-isi perut.  To kaki ayam lovers, jangan rasa tersinggung, it just Vee memang tak makan, and Vee tak larang siapa-siapa yang nak makan. Okay lah selamat bersahur dan selamat berpuasa. Sorry pagi-pagi dah ada entry mengarut from me.

 Trauma macam mana pun makan sahur, sahur tu penting! so bangun sahur okay??

 

You Might Also Like

0 Comments:

All feedback, comment, suggestions and ideas are most welcome. Thank You for your support. I hope my writing somehow has helped you.

Thank you!