places

Places: Genting Strawberry Leisure Park/ Genting Premium Outlet & Sky Avenue.

8:54:00 PM,0 Comments



Hi! Assalamualaikum. Sorry for the late post. Kali ni Vee nak tukar topic sikit, haa selalu makeup and beauty products je kan. Hari ini Vee akan menulis tentang tempat pula. Baru-baru ni viral tentang Genting Premium Outlet yang baru sahaja dibuka. Jadi setelah seminggu berhari raya, Vee dan dua (2) lagi kawan baik Vee, kami decide untuk pergi ke Genting. Since kami  duduk Selayang je, jadi kami balik hari je ke Genting tu. Memang dekat sangat, either guna highway masuk dari Gombak tu, atau boleh lalu melalui Ulu Yam tu, jimat sikit lah sebab tak ada tol.


[Places]
GENTING STRAWBERRY LEISURE PARK
GENTING PREMIUM OUTLET & SKY AVENUE.

Masa short trip kami ke Genting tu, kami sempat singgah tiga (3) tempat, Genting Strawberry Leisure Park, Genting Premium Outlet & Sky Avenue. So dalam post ni Vee akan cerita satu per satu okay? 


GENTING STRAWBERRY LEISURE PARK
No. 1, Lot 3707, Jalan Jati 2, Bandar Gohtong Jaya,, Genting Highlands, 69000 Genting Highlands, Pahang, Malaysia
Ticket: RM 10 (adult)


Kalau nak ke Genting jangan lupa singgah tempat ni taw. Ya Allah cantik sangat dan tenang je. Dah macam kat Cameron Highland dah. Tak payah pergi jauh-jauh untuk tengok bunga. Bagi seorang florist, tak terkata seronoknya! Heaven wey! Hehe. Ticket murah je RM10 sahaja. Ada macam-macam bunga lavender, roses, hydrangeas. Masa kami pergi, buah strawberry belum meriah berbuahnya. Kalau korang nak petik sendiri untuk beli pun boleh, dia akan kira ikut timbang. 





Macam-macam jenis bunga ada kat sini, lavender, roses, daisies dan banyak lagi. Oh my, untuk florist macma ni, tempat ni my favourite! 







Kat situ pun dorang ada jual pelbagai product hasil dari tanaman tu, contohnya macam lavender; ada satu kiosk kat situ jual macam-macam product dari lavender, sabun, pewangi rumah, mist dan perfume. Kat taman ni juga ada jual product dari  madu lebah. Macam-macam jenis madu lebah ada, dari madu dalam botol sampai lah ada mask muka madu. 

Vee suggest you guys kalau nak jimat bawak food sendiri lah. Kat sini ada restaurant tapi agak expensive sikit, kalau nak jimat bawak bekal okay? Tapi kat restaurant ni, korang kena try nasi goreng kampung dia, perghhh sedap gile! 


Masuk sini tak ada limit time, so take your time to enjoy nature and enjoy yourself. =) We did enjoy ourselves here! My photos were captured by Hanan. 



Nak datang sini jangan lupa bawak camera okay, kalau pakai smartphones tu charge lah penuh-penuh dan bagi space kat memory phone. Like us haha penuh memory phone dok bergambar je. Kat kedai ni ada banyak background cantik2 dah nak photoshoot FREE je, tapi nak print kena bayar okay?



Ni adalah some gambar bunga yang snap guna smarphone sahaja disini. Vee guna Huawei Mate 9. =)







Nak beli souvenir pun jangan risau, ada banyak kedai-kedai souvenir kat dalam ni. Sepanjang jalan nak keluar tu ada je kedai berderet-deret ni. 


Oh ya! kat sini ada banyak patung panda cecomel ni! Jangan lupa ambil gambar dengan panda-panda ni 


Memang best & Recommended! Pergi lah, RM10 je seorang. Okay done Genting Strawberry Leisure Park, jom kita ke destinasi seterusnya! 




GENTING PREMIUM OUTLET
KM13, Genting Highlands Resort, 69000 Genting Highlands,
Pahang Darul Makmur.
Dibuka: Isnin – Ahad (10 am – 10 pm)


Memang viral baru-baru ni bila Genting Premium Outlet ni baru sahaja dibuka. Sebelum ni ada Johor Premium Outlet kemudian ada pula Freeport A'Famosa Outlet, sekarang dah ada Genting Premium Outlet. Surely ramai yang dah tahu tempat ni kan? Genting Premium Outlet ni ada about 150 outlet taw, memang banyak! Vee rasa shopping kat sini lagi best, lagi banyak brand some more. Genting Premium Outlet memang berdekatan dengan Genting Skyway, so dah alang-alang nak naik cable car tu, boleh la singgah Genting Premium Outlet. Parking memang sangat banyak so jangan risau. Korang boleh park here, masuk Genting Premium Outlet then beli ticket kat Genting Skyway untuk naik ke puncak Genting tu. 





Selain dari banyak brand yang buka outlet di Genting Premium Outlet ni, disini juga ada banyak kemudahan untuk orang ramai. Contohnya, mereka sediakan wheelchair if kita nak pinjam. Restroom dia pun bersih, ada kemudahan Surau juga taw. Ada ATM so jangan risau bila shopping ya (ehem, tak ada cash, sekarangkan dah boleh debit card) dan ada juga stroller rental services. 




Masa Vee pergi ni, memang mostly brand kat situ tengah buat sale kaw-kaw. Ye lah time raya kan dan baru buka kan? Memang berbaloi sangat-sangat lah. Ada kedai dari luar lagi dah terpampang SALE dia, 50% lah 70% lah. Ada certain kedai, dia tak pamer pun kat luar yang diaorang having sale, tapi once dah masuk dalam, belek-belek barang apa semua. Bila check price tag, oh rupanya ada 50% off! Haha langkah kanan. =)



Ni ada directory outlet yang ada di Genting Premium Outlet =)


Thanks boys sanggup ikut Vee kehulu kehilir compare prices. Vee memang akan pergi patah berkali-kali sampai Vee puas hati and dapat buat decision nak beli yang mana. End up Vee beli a new watch to add into my collection. Yeayy! Gambar bawah ni masa kami tengah tunggu dia adjust my watch and the service is awsome!



SKY AVENUE.
Kemudian lepas dah habis masa berjam-jam kat Genting Premium Outlet kami decide nak naik atas kat Genting. But Vee gayat nak naik cable car, thanks so to my besties ni, kami drive all the way sampai puncak. Thank you guys! So, kami pergi lah ke mall baru – Sky Avenue. 

 

To be honest tak ada apa yang super special sangat about this new mall sama je macam any other mall kat KL ni. Kedai pun more or less the same. 




Tapi interior design dia sangat spacious and cantik. Most kedai makan dia, decorated very well. Apart from that, Mall ni sangat banyak LED screen. Sangat terang and blinding okay. Haha so it’s okay nak pakai shades indoor LOL!



Yang ni actually restaurant taw! Nice kan. Masa kami kat sini, we actually witness ada this guy propose to his girl kat dalam restaurant ni. Nice proposal, memang sweet sangat. When she said yes, semua orang kat situ bersorak! Everyone there pun supportive sangat! 


Actually the boys nak sangat try makan kat Burger & Lobster ni. Tapi the queue is just too long guys! Too long! Kat dalam memang pack! So we end up makan kat tempat lain.



Okay ni directory Sky Avenue yang Vee jumpa kat their website. 



Overall my one day trip is fun. Able to catch up dengan kawan baik is the best thing in this trip actually. I totally recommend untuk singgah ke Genting Strawberry Leisure Park & Genting Premium Outlet. Lagi pun dari KL baru beberapa ni minit nak sampai =).

Thank you for your time and I hope this has help you. Keep coming back, more reviews and tips are coming up. For any products suggestions or any tips that you would like me to try it out, you may do so, just leave your comment okay?

You Might Also Like

0 Comments:

All feedback, comment, suggestions and ideas are most welcome. Thank You for your support. I hope my writing somehow has helped you.

Thank you!