Foundation

Fenty Beauty: 40 Shades of Foundation - Pro Filt’r Soft Matte Longwear Foundation

10:29:00 PM,1 Comments



Hi! Assalamualaikum. Seperti yang Vee dah janji dalam post sebelum ni, Vee akan ceritakan tentang foundation yang Vee pakai. Super in love with this new line up dari Rihanna! The best part, Fenty Beauty menawarkan 40 shades of foundation! I know right! Banyak gila. Usually macam 10 shades sahaja or max dalam 15-20 shades. But girl, Rihanna top it, Rihanna terus keluarkan 40 shades of foundation as debut line up dia. Vee actually pergi ke hari pelancaran Fenty Beauty di Sephora KLCC dan menjadi salah seorang 100 yang pertama to see and shop Fenty Beauty. Nak tahu lebih lanjut tentang Fenty Beauty ni, teruskan membaca okay?






[Launching & Review]
Fenty Beauty, KLCC Kuala Lumpur
Pro Filt’r Soft Matte Longwear Foundation


Dilancarkan secara langsung worldwide pada 8 September 2017. Event bermula pada 7am tapi outlet open for shopping at 10am. So Vee sampai dalam a few minutes to 10 am. Alhamdulillah dapat juga line up to be the first 100 person, sebab 100 yang pertama eligible for their beautiful pouch/clutch bag when check out kat counter. Bag tu sangat cantik! 100 pertama yang line up akan dapat gelang/band Fenty Beauty to prove that korang beratur untuk menjadi antara pertama experience Fenty Beauty. Masa check out dekat counter show band ni untuk claim holo pouch dia yang cantik tu.

So nice of them, provide mineral water and Garrett popcorn to those yang beratur. The first one yang line up that day, actually came at 5 am! Seriously, awal gila dia sampai.  Jom kita masuk Sephora!

Of course bila masuk-masuk je Sephora, I was so amazed to see this whole line up of various foundation shades! Seriously, tersusun cantik dengan banyak warna nya.

Actually masa hari launching tu, Vee hanya beli foundation dia sahaja. Tapi Vee did try and play around, swatches barang-barang Fenty Beauty yang lain. So dalam post kali ni Vee akan give my opinion according to makeup items lah.


Primer - Pro Filt'r Instant Retouch Primer
First of all, let’s talk about their primer. Primer dia datang dalam botol yang besar, sama besar dengan botol foundation dia. Cuma penutup dia warna nude pink.
In my opinion, Vee rasa primer dia best, sebab senang masuk dalam skin. Dia bukan jenis yang akan blur kan pores korang atau fill your pores macam Benefit Porefessional. Kalau primer macam tu yang korang prefer, then this is not your primer. Dia tak cover atau tutup your pores tapi Primer ni bagi your skin lagi hydrating and buat foundation korang lagi long wearing. Personally Vee lagi suka primer yang macam ni. Previously Vee hanya guna primer spray dari MAC sebab dia jenis air, senang masuk dalam skin dan buat lagi foundation tu tahan. Sebab kalau kulit kita tak cukup hydration, pakai foundation macam mana bagus pun, dia either lagi berminyak, cakey atau tak tahan lama. Personally, Vee rasa primer dia best. I might buy this next time I pergi Sephora.

Foundation - Pro Filt’r Soft Matte Longwear:
Okay ni memang highlight of their collection lah. Memang vision Rihanna untuk able to cater as many skin tone as she can. Vee rasa ramai dalam kalangan kita pun mengalami masalah nak cari shades foundation yang memang ngam dengan skin. Yang ada pun macam 5 shades, the most Vee rasa dalam 10 shades macam tu or maybe more, and some brand even cater 2-3 shades sahaja tapi claim boleh suits dengan semua skin tones. Lagi-lagi yang ada di pasaran kebanyakkan nya lebih bias dan cater untuk fair or light skin tone. For those yang tan dan dark skin tone ni, memang susah nak dapat the right shades. Dengan adanya 40 shades for foundation ni, memang suddenly hype sebab ramai think that Rihanna able to solve this problem.

Mula-mula Vee try sendiri cari the right shades for me. Be mind that Pro Filt’r Soft Matte Longwear Foundation ni dia ada banyak undertone, pink, yellow, red undertone. Foundation with cool and warm colours. So bila nak cari your shades, korang try dulu kat kedai, lepas tu pergi jalan-jalan. Tengok sesuai ke tak. Nampak kelabu tak muka korang, nampak merah tak muka korang. Sampai korang puas hati baru beli, okay?

Dekat makeup station dia, diaorang ada sediakan makeup items dari Fenty beauty untuk korang try.


Vee macam dah confirm shade 300 ni sesuai untuk skin Vee. Tapi Vee need second opinion, so Vee minta help dari one of the staff untuk carikan the right shades for me. He actually tried tiga jenis shades yang berdekatan untuk warna kulit Vee. Tapi dia end up pun rasa code 300 sesuai dengan skin Vee. Untuk lagi lagi confirmkan, dia pun tolong pakai kan foundation tu dekat my face. Alhamdulilah the staff pun friendly dan sangat membantu.
Lepas daripada event ni, Vee balik dan try sendiri foundation ni untuk beberapa hari. Kalau nak tahu opinion Vee tentang foundation ni, teruskan membaca ye, selepas review ni, Vee akan teruskan dengan product-product Fenty Beauty yang lain ya.
What do you guys think? Ni yang staff Sephora pakaikan Vee foundation Fenty Beauty ni. Nice finishing kan?


Full review Foundation Pro Filt’r Soft Matte Longwear Foundation:
Personally, Vee suka the packaging. Cantik, botol dia bukan hitam atau penutup hitam like kebiasaan brand makeup mesti akan opt for black packaging. Botol dia berat, cantik, sleek and beautiful.

In terms of colours, as you all know memang banyak, dari very pale, fair sampai lah ke dark and darkest shades. Dan jarak shades dia, dari satu shades ke shades lagi tu tak jauh sangat, yang membezakan dia adalah undertone. So it is possible to find your right shades. Vee jumpa shades yang betul-betul match dengan my skin.

Usually Vee kena mix sendiri dua (2) foundation. Contohnya kalau brand tu offer only three (3) shades of foundation Vee kena mix medium & dark. Kalau brand tu offer more shades, Vee usually akan beli dua (2) foundation yang yellow based tone yang cerah sikit dari skin Vee dan yang gelap sikit dari skin Vee kemudian mix kan both. Leceh kan? But this one, since I found my right shades, dah tak perlu nak mix-mix lagi! But foundation ni dia oxidized sikit ye, so kena be mind that, kalau korang suka nampak lagi cerah, kena cari satu (1) shades lighter dari warna yang match dengan skin korang tu. 

In terms of finishing dia, dia matte dan memang matte foundation. Tapi Vee tak rasa dia mengeringkan kulit Vee. Kalau you guys jenis suka matte then it is for you. Because some people suka foundation yang dewy ni sebab nampak natural glowing gitu kan? But, Vee personally find that foundation ni tak perlu untuk di set kan lagi dengan powder. The foundation is more than enough. Vee rasa ni sangat bagus, because of why, nak tahu salah satu kenapa makeup boleh jadi cakey? Haaa. Sebab terlalu banyak powder kat skin korang, makeup tu jadi cakey, jadi merekah sebab banyak sangat powder. Foundation Pro Filt’r ni dia set sendiri tak perlu lagi setting powder. Tapi kalau korang rasa korang perlu pakai setting powder pun it still look okay, sebab foundation ni matte dia memang tak bergerak lah.

Furthermore, dia tak rasa tebal, tak rasalah macam pakai foundation which selalu nya kita boleh rasa ‘foundation’ tu kat muka. Tapi yang ni memang ringan, rasa selesa. So far after few times Vee pakai, Vee tak touch up sangat pun, only at the tip of my nose, sebab Vee memang sangat-sangat oily kat tip of my nose (dah rasa macam Rudolf the Reindeer dah). Bila after few hours pakai foundation ni, our natural oil produce kat skin kita kan, dia buat foundation tu jadi lagi cantik, then Vee look like natural glow, super love!

If needed nak touch up, korang boleh ambil any translucent powder sebab dia tak ada warna kan, then touch up je. Or korang boleh try yang Fenty Beauty punya translucent powder tu. Tu pun nice untuk touch up sebab dia datang dalam bentuk compact. Another best part of this foundation that dia tak transfer ke jari. Once dia dah kering, Vee touch my face and it did not get transferred. Some foundation kita kena jaga bila dah pakai, ha tak boleh nak landing sesuka hati nanti foundation kat cushion la kat seat kereta lah, lepas tu jumpa kawan-kawan law nak laga pipi kena beringat, hang pakai foundation kang adalah pulak foundation melekat kat tudung kawan hang nanti. But this one, memang tak ada kesan jari kat muka. Good formula Rihanna!


If you have dry skin or flaky skin maybe korang boleh avoid this foundation. But maybe sebab tu dia datang dengan hydrating primer - Pro Filt'r Instant Retouch Primer, korang boleh pakai primer ni dulu kemudian baru pakai foundation Pro Filt’r Soft Matte Longwear ni. So far, foundation ni definitely my current favourite foundation. Approve!


Concealer & Countour Sticks - Match Stix Matte Skinstick
Personally, Vee tak prefer sangat contour cream product sebab if kita tak blend betul-betul akan nampak obvious satu line kat muka, plus susah nak control. Untuk contour Vee lagi prefer powder dari cream sebab sennag nak control dan lagi senang nak blend. Sometimes, cream products boleh buat foundation kita bergerak sebab tu Vee personally lagi suka powder. Furthermore, cream product ni kena blend betul-betul dan makan masa, Kalau boleh nak makeup macam chap chus chas siap! Ha gituu.


But if korang jenis suka cream contour, korang should try this one. Fenty Beauty keluarkan 20 shades untuk Concealer & Contour sticks. Banyak kan?? Dari light sampai lah gelap, pilih lah mana sesuai dengan kulit. Warna pun pigmented. Packaging dia pun magnetic dan dalam bentuk honey comb, fun kan?



Highlight - Match Stix Shimmer Skinstick
Shimmer atau highlight sticks dia memang da bomb. Vee personally suka yang Unicorn dan Confetti shades tu, both dia purple tone sikit, bila apply pada skin dia akan nampak effect dewy or basah2 mcm natural skin glow gituuu ha. Definitely gonna buy that next time. Packaging dia sama dengan Match Stix Matte Skinstick dia, magnetic dan bentuk honey comb.


Lipgloss - Gloss Bomb Universal Lip Luminizer (Fenty Glow)
In my opinion, Lip gloss dia ni, biasa sahaja, which orang boleh dapat similar products yang lebih murah. Harga dia RM90, which is to me, agak mahal la for a mere lip gloss. Yes, this lip gloss suits with any skin tone dan sangat universal. Korang boleh top this lip gloss on any lipctick colour korang sebab dia sangat sheer, but glow dia cantik. But still, for me this one is a pass. Save your money and buy a cheaper lip gloss. 



Powder Highlight - Killawatt Freestyle Highlighter & Killawatt Freestyle Highlighter Duo
Yang ni memang super super cantik and amazing!. Semua warna dia cantik-cantik. Previously, highlight macam too white lah too bronze lah, now Rihanna keluarkan macam-macam warna highlight, gold – Trophy Wife, white – Metal Moon, Light colours – Lightning Dust/Fire Crystal, Natural gitu – Girl Next Door/Chic Phreak, Champange – Hustla Baby/Mean Money, pink – Ginger Binge/Moscow Mule. Semua highlight dia memang blinding and nice! Trophy wife tu super cantikk, glitter dia memang sebatu nampak ko pakai highlight okayhh. Personally Vee suka Hustla Baby/Mean Money, yang tu memang awesome. Highlight memukau mata yang memandang, chewaaahh. Kilat-kilat macam disko ball. Haha. But seriously, sangat amazing. Totally recommended okay!



BRUSHES & TOOLS
Bukan sahaja makeup ye yang Rihanna keluarkan untuk debut collection dia. Dia juga keluarkan tools and brushes sekali, untuk complement makeup items dia. Vee suka sangat dengan foundation brush dia sebab dense, so korang boleh dapat full coverage guna foundation brush dia.  Full-bodied Foundation Brush #110 ni cantik, nude pink gitu.

Another brush yang Vee recommend adalah Cheek-hugging Highlight Brush #120. Ha yang ni memang nie kalau korang guna untuk blusher atau highlight. Shape brush ni dia curve so dia memang hug you cheek so it will give you a nice full blusher or highlight coverage.

The rest of the tools, Vee not a fan sangat. Precision Makeup Sponge #100 or Beauty Blender dia, okay sebab ada one side of the sponge is actually rata so senang nak manipulate untuk blend kan foundation, powder and etc. Tapi, Vee jarang guna sponge sebab Vee lagi suka guna brushes untuk dapatkan full coverage. The rest of the brush, Portable Touch Up Brush #130, Portable Contour & Concealer Brush #150 and Portable Highlighter Brush #140 yang ni Vee kurang suka sebab Vee rasa handle dia quite bulky instead of bristle dia. Susah nak guna dan susah nak blend. I’m not a fan for these brushes. Vee prefer bentuk brush yang normal lah. Tapi actually packaging dia nice sebab complement the whole collection looks.


Blotting Powder & Paper - Invisimatte Blotting Powder & Invisimatte Blotting Paper
Blotting powder - Invisimatte Blotting Powder, Vee rasa dia nice, especially kalau untuk touch up. Plus dia datang dalam bentuk compact powder so, tak ada lah messy bila keluar dan nak touch up makeup compare to translucent powder. Tapi, kalau translucent powder, Vee prefer Laura Mercier lagi dari this one. Invisimatte Blotting Paper dia, biasa je Vee rasa Cuma if korang pakai Fenty Beauty ni dia cantik la, packaging pun cantik, nak keluarkan dari bag pun nampak cantik. Tapi price wise, better beli yang kat drugstore punya paper warna biru tu, function dia sama sahaja. Tapi biru lah, hehe.

Ini adalah List Harga Fenty Beauty:
Pro Filt'r Instant Retouch Primer 32ml – RM 140
Pro Filt'r Soft Matte Longwear Foundation 32ml – RM 145
Match Stix Matte Skinstick 7.1g – RM 105
Match Stix Shimmer Skinstick 7.1g – RM 105
Gloss Bomb Universal Lip Luminizer 10ml - Fenty Glow – RM 90
Killawatt Freestyle Highlighter 12g – RM 145
Full-bodied Foundation Brush #110 – RM 145
Cheek-hugging Highlight Brush #120 – RM 140
Precision Makeup Sponge #100 – RM 75
Portable Touch Up Brush #130 – RM 105
Portable Contour & Concealer Brush #150 – RM 105
Portable Highlighter Brush #140 – RM 105
Invisimatte Blotting Powder 8.5g – RM 130
Invisimatte Blotting Paper – RM 70


Overall opinion:
Major thumbs up! For a debut collection surely Rihanna top it. Not only keluarkan banyak jenis makeup items, dia juga keluarkan banyak shades untuk product-product dia. Vee suka product dia. It looked like Rihanna has done some reasearch before producing these products. Good job Rihanna, it’s a very good product and I love it so much. Looking forward for more future makeup items from Fenty Beauty.

Oh ya! Thank you awak, as usual teman iolls pergi check out new makeup =)

Fenty Beauty
Available at Sephora in stores & online


Thank you for your time and I hope this has help you. These are merely my personal opinion, experiences and preferences. Keep coming back, more reviews and tips are coming up. For any products suggestions or any tips that you would like me to try it out, you may do so, just leave your comment okay?

*Disclaimer: Any products review in this blog are purchased with my own money and no sponsorship or paid review whatsoever unless it is stated. Merely my own experience and opinion on these items.

You Might Also Like

1 comment:

All feedback, comment, suggestions and ideas are most welcome. Thank You for your support. I hope my writing somehow has helped you.

Thank you!