lipstick

Lord Cosmetics Lipquid Lipstick [Swatches & Review]

7:57:00 PM,0 Comments


Hi! Assalamualaikum. Hari ni Vee nak share tentang satu lagi brand liquid lipstick local. Yeah why not kan? Local liquid lipstick sekarang pun not bad taw. Pernah dengar tak brand Lord Cosmetics? Mungkin ada yang pernah dengar mungkin ada yang tak pernah dengar. Nak tahu lebih lanjut, teruskan membaca ya!

[Swatches & Review]
LORD COSMETICS
LIPQUID LIPSTICKS


Siapa yang pernah nampak poster Lord Cosmetics mesti tahu tentang poster mereka yang sangat boom! Bertemakan fairytale, memang cantik sangat-sangat poster Lord Cosmetics ni. Dan duta rasmi untuk Lord Cosmetics adalah Elfira Loy. Siapa yang tak kenal dengan pelakon yang kecil molek ni kan



Untuk keluaran pertama mereka, Lord Cosmetics keluarkan tiga (3) warna lipquid lipstick. Ha memang product Lord Cosmetics dah registered as lipquid taw siap ada TM lagi. Ha jangan pelik kalau sis panggil dia lipquid. Tiga (3) warna-warnanya adalah Starstruck (bloody red/ ruby red), Vivy (nude) dan Unicorn (nude dusty pink). Dengan ketiga-tga warna ini boleh dicampurkan dan menjadi warna-warna sekunder. Boleh lah campur Starstruck + Vivy ke, Starstruck + Unicorn atau Unicorn + Vivy. Jadi dengan membeli ketiga-tiga warna actually you guys boleh dapat enam (6) warna sebenarnya. 




Lipquid Lipstick ni datang dalam bentuk loose dan juga combo. Kalau combo, dalam satu box memang dah ada ketiga-tiga (3) warna.




 Yang menarik nya, lipquid lipstick dari Lord Cosmetics mengandungi 1% plumper. Lain daripada yang lain. 

Apa itu plumper?
“Sejenis magic portion yang akan membuatkan bibir anda akan nampak lebih mungil dengan menggunakan bahan dan teknologi yang terbukti berkesan. Plus, plumper kami adalah pain-less bee stung effect dimana kami tidak mengandungi botox dan anda tidak akan merasai sakit ketika memakainya!” 



Dengan mengunakan plumper, boleh tolong rawat bibir korang. Kebiasaannya, bila kita pakai liquid lipstick kan, once dah kering, akan menampakkan bibir kita merekah-rekah dan banyak lines pada bibir. Jadi tak cantik. Plumper ni akan help bibir lebih mungil dan penuh, baru cantik pakai lipstick.

Selain dah mengandungi 1% plumper dalam lipquid lipstick mereka, Lord Cosmetics juga ada mengeluarkan 100% plumper tube. Senang je nak guna. Pakai sikit dulu sebelum pakai lipstick, kemudian dab pada tissue selepas dalam 1 minit, untuk kurangkan plumper tu. Masa ni sepatutnya, korang akan rasa kebas-kebas kat bibir tu. Lepas tu baru pakai lipstick kegemaran korang. Kalau korang pernah pakai Lip plumper, ha, kat Sephora brand Too Faced pun ada jual lip plumper, tapi mahal sikit lah. Ikut lah mana kesesuaian dengan korang. 

Swatches: 








This one Vee campurkan Starstruck + Unicorn


Review:
 To be honest, Vee tak nampak lagi perubahan ketara bila pakai Lord Cosmetics ni, Cuma bila pakai lipquid tu baru nampak plump. Tapi temporary je la, tak ada lipstick tu tak ada lah plump bibir. Sama je macam kalau pakai yang bottle cap atau yang plumper plastic merah tu kan. After few hours dia akan deflated. Jadi dia tak kekal okay. Tapi personally Vee suka warna-warna Lord ni, Vee memang selalu bawak kemana-mana dan memang akan bawa ketiga-tiga sekali. Dia boleh mix so, sangat mudah untuk disesuaikan ke macam-macam majlis.

Vee memang kebanyakan masa diluar. Jadi satu hari dari pagi kadang-kadang sampai malam kat luar kan, jadi Vee akan pakai Unicorn untuk siang, ni memang favourite Vee, bila towards malam, Vee touch up dengan Starstruck. Muka pun penat, hari pun dah gelap, so kita bagi muka tak nampak pucat sangat, pakai warna yang lebih terang boleh naikkan wajah. Dia senang sebab, dia punya formula sama. Jadi bila nak sapu lagi dia tak break teruk. Tapi Vee advice kalau nak tukar warna lipstick better remove current lipstick kat bibir tu baru reapply warna lain. Warna akan lagi cantik. 


Mana nak dapat lipstick ni?
Harga:
RM 37 untuk 1 box Lipquid Lipstick
RM 37 untuk 1 box 100% Lip Plumper
RM 100 Combo (3 warna Lipquid Lipstick)

Thank you for your time and I hope this has help you. Keep coming back, more reviews and tips are coming up. For any products suggestions or any tips that you would like me to try it out, you may do so, just leave your comment okay? Or you may contact me through my Instagram @veemarissa Have a nice day dolls!

*Disclaimer: Any products review in this blog are purchase with my own money and no sponsorship or paid review whatsoever unless it is stated. Merely my own experience and opinion on these items.

You Might Also Like

0 Comments:

All feedback, comment, suggestions and ideas are most welcome. Thank You for your support. I hope my writing somehow has helped you.

Thank you!