hair

Product Review: Safi Shayla Shampoo (with Testimoni Pictures)

2:48:00 AM,2 Comments

Product Review: Safi Shayla Shampoo (with Testimoni Pictures)

Hi, I’m back with another review! Okay this time punya review also BEAUTY and HAIR Product related items. Vee memang sangat-sangat concern about my hair, dari product apa yang dilumur, ke salon mana nak pergi sehingga lah ke sikat apa nak pakai. Tapi, Vee bukan lah so called expert about hair. Vee cuma lah salah satu pengguna yang ingin share experience yang Vee dapat lepas guna satu-satu product tersebut. Kalau baik apa salahnya kita kongsi kan?

Okay entry kali ini, Vee nak cerita tentang shampoo. Dekat pasaran memang ada pelbagai jenis shampoo betul tak? Untuk dandruff lah, untuk coloured hair, rambut gugur dan macam-macam lagi. Belum lagi yang organic tak organic. Fuhhh kalau pergi Watson, ke Guardian mahupun any beauty store, macam berpinar mata ni nak pilih. Lagi-lagi kalau nak tukar shampoo, lepas tu tak ada orang recommend mana yang okay kan?

Nak pilih shampoo pun kena ikut jenis rambut dan jenis masalah scalp atau kulit kepala kita jugak. Silap beli takut masalah rambut kita makin menjadi-jadi, tak pasal-pasal duit melayang, result macam hampeh je. The best way, pergi salon, buat scanning dan beli shampoo yang mereka suggest, tapi selalunya mahal BEBENOR! Rasa kadang-kadang nak meraung. Lagi yang jenis rambut panjang selalu shampoo, lagi nangis tepi bucu katil nak beli shampoo hak harga macam gitu.

Sama lah macam Vee, macam-macam shampoo dah guna, tapi ada yang okay, ada yang superb and ada yang macam ala kadar. Rambut Vee jenis lurus dan tebal, kalau pergi salon, Apple (my fav hairstylist, KIMARIE Kepong- She is the best in suggesting the best treatment and cutting hair) mesti macam letih kena layer kan rambut banyak kali, lepas tu time cuci pun sama, tang bila blow confirm kena dua orang kalau tak entah bila nak habis lepas tu, lenguh dia kata sorang-sorang. Haha.
Okay cukup lah tu, jom kita ke review.



REVIEW: SAFI SHAYLA SHAMPOO


VEE's TEST TIME!!!

Okay ini test yang Vee buat, nak tengok sejauh mana bagus nya product ni pada rambut Vee.

            Vee active in dancing lately, so one day, lepas dance and workout gila-gila, confirm lah rambut jadi basah, berpeluh, segala lah! So, Vee mandi dan shampoo rambut guna Shayla yang warna Orange TANPA mengunakan sebarang conditioner mahupun conditioner SAFI SHAYLA. Hanya menggunakan product SHAMPOO SAFI SHAYLA warna orange (Kawalan rambut gugur) sahaja. Lepas tu, Vee biarkan rambut tu kering naturally lah, tanpa menggunakan hairdryer. And at the same I have something important to attend, so right away, kena siap-siap, (make up, pilih baju berjam2 lamanya). 

Maka disebabkan lama sangat, rambut Vee yang tebal ni dah pun kering. Just untuk pengetahuan korang, Vee terus, sanggul kan dan clip kan rambut tanpa sikat langsung ( sebab ceritanya dah lambat – konon nak settlekan rambut dalam kereta nanti)- *Gambar 1*

Maka bergerak lah ke tempat dituju. Bila sampai je, konon nak settle kan lah rambut, sikat, spray, headband apa semua lah dah bawak siap-siap dah, bila bukak sepit rambut tu,  the BEST PART rambut jatuh cantik je, and flow dia memang best!! I don’t need to sikat at all!! OH MY GOD! I’m soooo in love with this shampoo! Tak payah nak guna serum ke minyak rambut ke, spray or mousse, tak payah dah, I can just walk with it, and it looks gorgeous! -*Gambar 2*

Dan, makin lama, makin petang hari, makin cantik pulak rambut ni, eh-eh kau ni, bukan main lagi elok terletak, kalau tidak, rambut Vee ni dah macam penyapu terbang dah bentuk nya, bersepah flyaways nyaa. Tengok *Gambar 3* makin elok flow dia, terletak pun cantik je. Sayang lebihhhhh laaaa SHAYLA ni.. Mmmmuaahhhhhhh!

Mula-mula Vee macam, “Eh betul ke ni, okay?
Bila orang dok cakap, “okay dah ni rambut kau, nak cantik macam mana lagi”,
then bila Vee jawab “Aku tak sempat nak settle kan rambut tadi”,
Ini balasnya, “Ahhhh sudahlah kau”.

Gila tak happy kalau begini lah hasil nya! Kannnn? Gladly, SHAYLA has save my day! Sampai ke malam rambut masih cantik, lembut nya, bau pun wangi….. Haish jatuh cintaaa dibuatnyaaaa. Tengok bawah ni gambar-gambar hasil daripada testing product ni.

Gambar 1: Ini lah rupa, apa bila disanggulkan - konon nya nak settlekan rambut dalam kereta nanti.

Gambar 2: Setelah rambut dilepaskan dari sepit rambut tanpa disikat.

Gambar 3: Makin petang makin cantik rambut ni terletak, dan masih tidak disikat atau dibuat apa-apa, tanpa serum rambut atau sebarang styling. 

BEST PART of this Shampoo Safi SHAYLA!!


  1. Tak terlalu kering bila sudah dibasuh.
  2. Tak perlu conditioner pun dah cun habis dah.
  3.  Senang nak styling.
  4.  Rambut yang dah kering senang nak urus.
  5. Rambut terletak cantik, tak perlu bersusah payah lah (maklum lah free hair ye awak-awak)
  6. Vee tak perlu kan SIKAT!!! Hahaha
  7. Bau wangi, best sangaaaattt!
  8. Rambut Vee lembut je, ala-ala blow gitu.

*Ini bukan iklan atau review berbayar, ini adalah testimoni dari Vee sendiri.





Nak tahu details boleh singgah ke website Safi, 

Ada banyak range product Safi Shayla ni, pilih lah ikut kesesuaian korang. Packaging pun cantik macam candy, penutup dia pun best, shampoo tak mudah keluar. Shampoo ni senang nak dapat, Giant, Tesco, Guardian and Watson pun ada, harga pun tak mahal, memang BEST GILER! Oh by the way, shampoo ni bukan yang bertudung je boleh pakai, yang free hair pun boleh jugak. So mari lah kita jaga rambut kita baik-baik ye.







Take Care

You Might Also Like

2 comments:

  1. Bestnya! ni rasa nak try shayla nieh, tapi nak ambil yang anti-kelemumur lah sebab macam ada masalah tu :(

    ReplyDelete

All feedback, comment, suggestions and ideas are most welcome. Thank You for your support. I hope my writing somehow has helped you.

Thank you!