Tujuh Perkara Saya Suka Tentang Awak

2:54:00 AM,0 Comments

Awak....

Banyak perkara yang saya kagum dengan awak. Banyak quality yang awak ada, yang Allah tak kurnia kan kepada saya. Awak pelengkap hidup saya. Awak melengkapi dunia saya. U perfected my imperfect world. Saya tak pernah menyangka dahulu bahawa awak lah lelaki yang telah dijodohkan buat saya oleh Yang di Atas Sana. tapi sekarang awak adalah kekuatan saya.

Satu. Awak sentiasa sabar dan kuat dalam menghadapi segala macam situasi. Awak menangani situasi dengan tenang dan rasional. Saya cukup admire dengan kelebihan awak itu. Saya paling suka apabila ada masalah awak akan cuba menenangkan suasana dan cuba memikirkan jalan penyelesaian berbanding merungut. Saya tak pernah dengar awak merungut. Saya tak pernah dengar awak megeluh bila menerima masalah.

Dua. Saya suka sangat apabila awak sentiasa mahu menjadi "superhero" dalam hidup saya. Awak cuba menjadi semua dalam hidup saya, Awak menjadi kawan saya bila saya perlukan seoranga kawan. Awak juga kawan baik saya bila saya perlukan seorang rakan baik. Awak menjadi keluarga dan ayah saya, menjaga dan menasihati saya. Awak datang convocation saya dengan mama saya. Awak menjadi tempat mengadu bila saya kesedihan, awak sangup bangun pagi-pagi ambil saya dari rumah dan bawak ke kelas setiap hari sepanjang semester lepas. Awak sanggup tunggu saya sampai saya habis kelas semester lepas. Awak sanggup jadi dan lakukan apa sahaja buat saya demi kesenangan saya.

Tiga. Awak sangat comel bila awak risau kan saya. Awak sangat risau bila saya seorang. Awak tak kan duduk diam, tapi awak tak telefon, sebab awak takut ganggu saya. Kadang-kadang awak risau sangat sampai keluar air mata. Setiap kali saya call, "saya dah sampai rumah" mungkin awak ingat saya tak dengar, tapi saya dengar "phew!" dari awak. Awak comel sangat bila risau saya lapar, awak sanggup drive jauh-jauh semata-mata nak bawak saya pergi makan, nak pastikan saya tak lapar. Awak tak kira masa, awak sanggup datang. Kadang-kadang awak buat saya breakfast sebab tahu saya ada gastrik. Saya sangat suka bila awak risau, sebab awak comel.

Empat. Awak sangat comel bila awak suka sebut perkataan yang skema seperti. ANEH-ANEH je... Saya selalu betul kan bukan aneh, tapi pelik lah sayang. Hehe geli hati sangat bila awak guna ayat-ayat buku ni. Hari tu awak guna perkataan tersentak, terusik. Sangat kelakar. Saya suka dan gelak gila-gila bila awak gunakan perkataan yang skema. Awak slalu cakap, "apa yang kelakar?' sambil muka pending,lagi lah saya suka menyakat. Awak ada cakap banyak lagi perkataan skema, dan sangat comel.. Macam dalam buku je awak ni. Owh ye, terkesima jangan tak guna pula ye? hehehe...

Lima. Saya sangat suka bila awak pandai bergaul dengan keluarga saya.Awak boleh sekepala ngan keluarga saya. Awak pandai bawak diri dalam keluarga saya, saya suka! Awak pandai berborak dan masuk kepala ngan mama saya. Awak pandai ambil hati nenek saya. Awak sangat pandai bergaul dengan orang-orang yang lebih tua. Awak suka berborak, dan buat mereka ketawa. Itulah yang paling penting buat saya, kebahagiaan saya datangnya keselesaan dan kebahagiaan mama dan nenek saya. Saya sayang kamu bertiga!

Enam. Saya Kutub Utara, Awak Kutub Selatan. Saya kapal terbang, awak kapal selam. *aik sama ke? Kita sangat jauh berbeza, perwatakan awak dan saya dan awak sangat berbeza. tetapi melengkapi diri masing-masing dan itulah yang membuatkan kita masih bertahan, dan inilah yang membuatkan kita masih kuat. Bila ada masalah, saya panas baran, awak sangat tenang dan rasional. Bila buat pilihan, awak selalu tergesa-gesa, saya sangat teliti. Bila melihat sesuatu, awak hanya fokus pada satu, saya melihat keseluruhan. dan bila awak membuat pilihan, awak membuat pilihan mengikut kesukaan dan sentiasa memikirkan orang lain, manakala saya dan menitikberat untuk membuat pilihan bijak.

Tujuh. Saya sangat suka bulu mata awak. Lebat dan panjang. Saya juga sangat suka pandangan mata awak. Sejuk je. Sangat lembut sahaja pandangan. Bila awak memandang saya, dari mata awak saya dapat baca bertapa banyak nya kasih sayang yang awak ada untuk saya, tidak dapat saya bandingkan betapa banyak nya ia. Cara awak memandang saya dengan penuh kasih sayang. Inilah pandangan penyejuk hati yang dingini oleh semua wanita dan gadis-gadis. Wanita sangat menyukai apabila ada lelaki sangat mencintainya, tanpa perlu ungkapkan kata-kata, pada mata menerangkan segalanya. Kerana itulah rasanya, pandangan mata awak sangat menenangkan hati saya.




Gambar ini diambil ketika Event: Women Of Malaysia Magazine First Anniversary.
 
 
Thanks sayang for everything that you did for me. I can't possibly repay you in any how. I love you and will always love you. Only you! Thanks always stand with my attitude, my mess and my antiques.
 
I'm sorry for the things I've done. I did not meant to hurt you purposely or not. I will never want to hurt you, and if I did I'm sorry. I love you with all my heart. There's no one else that could replace you and could do any better that what you've done to me and for me.
Take Care

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

You Might Also Like

0 Comments:

All feedback, comment, suggestions and ideas are most welcome. Thank You for your support. I hope my writing somehow has helped you.

Thank you!