Driver Malaysia

7:48:00 PM,0 Comments

Significance pemandu-pemandu di Malaysia dengan sakit jantung dan darah tinggi.

Situasi 1.
Tengah-tengah kita syok layan lagu, layan meter kereta 40-50 km/hr ada pulak la kereta sebelah nie, main masuk sesuka hati, tak tengok kereta dan tak bagi signal. Kereta dah canggih dah, make up lagi rasanya lebih harga kereta tu pun, tapi mak aih pemandu dia macam tak sayang kereta, kalau tak sayang kereta dia yang menarik tu tak pelah ni tak sayang nyawa sendiri, ingat boleh beli kat kedai, "Abang, nyawa sekati ye". Kalau tak sayang kereta tu meh sini bagi kat saya, boleh saya bawa ke Segamat.. =p *wink Mane tak pemandu di Malaysia cepat naik hangin dan dapat darah tinggi.

Situasi 2.
Tengah pagi-pagi orang dok kelam kabut nak pergi kerja. Semua orang berpusu-pusu ke tempat kerja, bukan main lagi semua nak pecut dah tak kira nyawa dah tak kira saman.Tu dah satu hal, Cuba bayangkan la kan, tengah-tengah kelam kabut ni kan, masuk la lane kanan (lorong laju) cepatlah sikit sampai kan. Punya lah korang laju tiba-tiba, ada motor kat depan tu, Uncle dua orang atas satu motor bawak punyalah slow motion duduk tengah-tengah dalam lorong paling kanan. Bila orang minta dia beralih, dia boleh sound balik "Saya bayar juga ini jalan". Haish apa boleh buat, pagi-pagi dah naikkan darah orang, nak tak nak ketepi lah semua mengelak uncle ni "menikmati permandangan'.

Situasi 3
Di suatu petang, korang tengah drive untuk menikmati bertapa indahnya sesakkan lalulintas di MMR2, tiba-tiba kereta sebelah korang pun masuk lah depan korang, disebabkan jem yang melampau, korang pun tak la pandang depan sangat. Entah kenapa, korang rasa pelik dekat belakang kereta masuk depan kereta korang tadi. So, korang pun nak jadi cik kiah lah nak dok telek apa yang ada kat belakang tu.


tak nampak sangat kan?




Ha nampak tak? Punya lah jem kat malaysia nie, sampai anak dia boleh panjat kat belakang tu and buat pose ala-ala Malaysian Next Top Model. Ada bakat tu dik oi..ish2.. Kadang-kadang ada benda di jalan raya yang menyemakkan otak, menyakitkan mata dan hati, dan kadang-kadang jugak kita boleh lihat macam-macam gelagat dan perkara-perkara yang aneh dan lucu.

Situasi 4
"Eh Jalan sesak la, ada accident ke?Mati ke?" Punya lah jalan sesak gilerr.. Berengsut-engsut sampai depan. Punya lah tension si pemandu ni. Ni jem pasal ape nie ha? Road block ke? Accident ke? Ada pape event ke? Tapi hala dari sana laju je? Persoalan pun mula lah muncul. Faham-faham je la, apa perasaan pemandu kalau dah berada kat dalam kesesakkan dan korang tak ada jalan alternatif nak lalu untuk sampai ke destinasi tu. Sampai-sampai depan, "Ha eleh! Yang accident sebelah sana! Yang sesak berjela-jela sebelah sini yang tak ada kene mengena. Mana tak pemandu di Malaysia senang dapat darah tinggi. Asyik risau dan marah je.

Situasi 5
Jalan-jalan biasa yang hanya dua buah kereta boleh lalu. Jalan yang sempit dan ada line kuning ditepi. Okay, ada pulak kereta-kereta ni dok parking kiri kanan, ada jugak yang hanya berhenti sebentar dan berada berdekatan dengan kereta mereka, contohnya pergi ke kedai kejap ke.Memanglah still boleh lalu akan tetapi jalan jadi sesak lah. Yang tuan punya kenderaan tersebut pun satu, yang pergi park dekat situ kenapa? Kereta mahal-mahal, sardin je parking tepi jalan macam tu, buatnya masa kereta lain berselisih, tersagat ke tercalar ke tak ke MELALAK tuan punya kereta tu. Baik parking jauh sikit tapi selamat, kereta selamat, selamat jugak dari kena saman. Ha macam budak nie, 
Park tepi jalan then ambil gambar.. haha.. tak de kena mengena pun..=p

Situasi 6
Dah cukup dah kalau nak cerita ikut situati beratus pun takkan habis kan? Pendekkan cerita saya buat dalam bentuk point je lagi senang baca dan senang faham. Pemandu di Malaysia dengan sakit jantung dan darah tinggi adalah mungkin kerana faktor-faktor ini:
1. Bila memandu dengan aman damai, dengan tak semena-mena kena hon. Terkejut nyah!
2. Bila kita dengar ada bunyi siren ambulance or police or bomba seolah-olah dibelakang, kita panik kat mana meraka dan kena bagi laluan. 
3. Dalam jalan yang gelap tiba-tiba ada orang main lampu dari belakang, terkejut aku ko ni...
4. Bila pemandu lain tak bagi signal sebelum nak masuk simpang atau keluar.
5. Apabila pemandu yang terpaksa diam sahaja sebab fokus memandu sedangkan si isteri dok membebel dan marah-marah kat sebelah dari tadi.
6. Bila ada motor main 'cilok' tak ada agak punya.
7.Bila jem yang melampau lamanya.

Efek nya?
Bila pemandu tu sendiri yang emo disebabkan faktor-faktor penyumbang ketika memandu dan situasi-situasi yang tidak membantu, tak pasal-pasal orang yang dalam kereta terpaksa dengar maki hamun yang keluar dari mulut pemandu (yang ko marah dalam kereta bukannya orang tu dengar pun) dan tak pasal-pasal orang yang dalam kereta tu pun kena sakit jantung dan darah tinggi. So, ramai lah pesakit-pesakit yang beratur mencari penawar..

Pengajaran: 
Sebenarnya rakyat Malaysia ni perihatin dan baik hati budi. Mengambil berat atas satu sama lain walaupun kita tidak kenal, tu lah rakyat Malaysia yang saya kenal.

p/s: Sudahnya aku pun emo gak! =p sebab aku pun memandu gak.. huhu tapi tak nak kena sakit-sakit! Amalkan gaya hidup sihat! Chayo ^_^ KUN! apa yang diceritakan diatas cumalah pandangan dari sudut seorang mata remaja. =) 

You Might Also Like

0 Comments:

All feedback, comment, suggestions and ideas are most welcome. Thank You for your support. I hope my writing somehow has helped you.

Thank you!