Sape tak suka jadi cantik?

11:00:00 AM Vee Marisa 0 Comments

Betul tak? Sape yang tak suka jadi cantik? Semua orang kalau boleh nak jadi cantik. Tapi cantik tak semestinya menjadi kayu pengukur untuk semua benda, menjadi seseorang yang cantik dari paras rupa tidak akan membawa kemana-mana. Nenek selalu pesan, biar muka tak cantik, tapi asalkan kita tahu siapa diri kita sebenar-benarnya. Vee pun setuju, cantik is actually a bonus to those who have them, and as matter of facts, setiap orang adalah cantik! =)

So, nak kongsi sikit petua and tips kecantikan.

1- untuk muka yang sunburn, terbakar or sensitif, boleh try yang traditional; according to beauty consultant saya, my deary grandma, ambilkan buah tomato tu di masak dan di campurkan dengan susu tepung, lenyek kan dan sapu dekat muka dan leher untuk hasil kulit yang  halus dan licin. Tapi mesti buat berterusan 3-5 kali seminggu.


2- Bagi yang mempunyai eye bag, according to nenek saya, ambilkan uncang tea yang dah digunakan tu tekap kan mata. Bagi mata kita rehat! Itu yang paling penting!.

3- Bagi kulit yang gatal-gatal ( I mean yang sensitif-like mine) instead of using product bukan-bukan yang korang pun tak tahu keberkesanan product tersebut, here I suggest cuba pakai bedak sejuk kat your skin, Selain daripada makes your skin kurang gatal, bedak sejuk juga boleh memutihkan kulit korang.

Here tips nak beli bedak sejuk, bedak sejuk yang betul2 berkesan adalah bedak sejuk yang original which is the one yang kena remdam setahun dan dah disejukkan tu, not the one yang dikisar dan disejukkan and jual kat public. =)

4- Timun doesn't give much to your skin actually but timun boleh membuat kulit korang segar and sejuk!!

5- Untuk kulit yang berjerawat, for me, Vee cuma menggunakan pencuci muka dengan lebih kerap dan juga scrub muka.

Untuk muka yang berjerawat, megikut cara tradisional, kisar kan beras dengan air, sapu pada muka buat jadi scrub then basuh or lap dengan air, then korang amek kunyit hidup tu kisar dengan air jugak sapu lagi kat muka tu, then basuh lagi, next ambil bedak sejuk cairkan dengan air mawar, kalau ada yang alergic air mawar macam Vee, guna je air biasa, buat jadi masker untuk 15 minit then rub it all over your face, then bersihkan muka korang. Buat selama seminggu dengan kerap, maka nescaya (hahaha ayat aku) muka akan bersih sebab beras dan bedak sejuk pun asalnya dari beras sangat-sangat elok untuk kulit kita. =)

6- Bagi kulit yang dehydrated, Vee suggest, minum air masak bergalen-galen. Hehe. Actually, air masak sangat elok untuk kulit kita, Vee pun baru je found out recently. The other day, my skin yang oily and tak pernah kerin nie, mengelupas, so Vee try la minum air masak sebanyak yang mampu, and after few days, my skin dah normal balik. (sampai rasa nak muntah la minum air masak banyak-banyak dah la Vee tak suka nak minum air masak.) 



p/s: kecantikan itu boleh dicari, tetapi kecantikan dalaman itu yang perlu ada. Bak kata orang, cantik dalam maka cantik lah luaran nye.



I'm not an expert about giving tips regarding beauty, and I'm not a beautician. Just an advise from me, and I share these tips based on the experience from people around me and myself..  


0 Comments:

All feedback, comment, suggestions and ideas are most welcome. Thank You for your support. I hope my writing somehow has helped you.

Thank you!