BFF **Best friend Forever**

9:29:00 PM Vee Marisa 0 Comments

nk

BFF???



Best friend forever. Do you know what it really meant? Well. I think I do. Stop speaking la kan.



Hahhahaha. Well. Aku bersyukur mempunyai kawan baik. Walaupun sejak dari kecil lagi aku sering ditipu oleh rakan2 yang aku anggap sebagai sahabat mahupun kawan baik. Namun akhirnya mereka menikam aku dari belakang. Setiap kejadian itu telah mematangkan aku dalam memilih seseorang untuk berkawan. Bukan memilih tetapi lebih berhati-hati. Hal ini kerana aku sangat mudah berkawan dan amat menyayangi kawan-kawan aku. Mungkin kerana aku tidak mempunyai adik beradik. Jadi, kawan-kawan lah yang menemani aku setiap masa. Setelah aku kecewa sekali lagi akibat perbuatan kawan baik ku yang aku anggap kawan untuk selamanya. Aku nekad untuk melupakan segalanya yang ada di Kuala Lumpur ini dan teruskan perjuangan aku di Segamat, Johor.

Disini, aku nekad untuk memulakan hidup baru. Aku diterima belajar di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam bidang akaun; Diploma in Accounting. Disini aku bertemu dengan Farah Hazwani binti Mohammed Hashim yang telah aku tegur pada hari pertama aku di kampus. Secara kebetulan Farah dan aku ditempatkan di Kolej yang sama dan Wing yang sama! Sejak dari hari itu, aku sentiasa bersama dia. Kami berdua merupakan dari jurusan yang berbeza. Melihat kami dari luaran bagaikan dua dunia totally different! Dan itu lah yang menyebabkan kami lagi rapat.. semua orang senantiasa pelik melihat kami bersama. Aku yang dicop sebagai budak free hair, peramah dan agak hyper. Manakala Farah pula dicop sebaliknya dari perwatakan aku.. namun tiada siapa yang tahu kecuali among BFF sendiri akan kesengalan Si Farah ini yang juga suka menyakat aku! Hahahahaha… bila bersama dengan Farah aku bagaikan berada dizaman kanak-kanak.



Vee and Fify kat bilek stdy.......

Tidak aku lupakan juga Minah Latah ini. hahahaha. Kali pertama yang aku ingat tentang Dayang Nurul Elfianna bte Nasrun adalah tentang kekecohannya. Memang lawak dia ini. malam pertama aku di kampus, Fify telah datang mengetuk pintu bilek aku yang ketika itu aku tidur seorang diri. Dia mengajak aku tidur bersamanya kerana roommate yang sepatutnya naik ke bilik fify tidak naik-naik. Aku pun setuju tidur di bilek nya. Pada malam itu, di bilek 2 orang itu kami tidur bertiga. Hahahaha. Perkenalan yang agak lucu bagiku. Pagi tersebut aku bagun pada pukul 4 pagi dan mengejutkan fify. Fify selaku ketua wing pada minggu mesra siswa/siswi. Dia telah keluar dari bilek dan tidak sengaja telah menguncikan pintu dari dalam. Fify yang keluar untuk mengejutkan semua orang di wing itu. Akhirnya setelah dapati pintunya terkunci dia telah datang ke bilek aku untuk meminjam baju kurung. Hahaha. Agak kelakar fify memakai baju aku ketika itu, baju aku yang besar dipakai oleh orang badan sekecik Fify. Sejak dari hari itu juga terjalin lah persahabatan kami. Fify farah dan Vee


ni lah gmbar mase mms 2.. baju aku!! hahaha

Hehehe. Dan yang terakhir. Alin. Ataupun nama glamornya Nor Ahlina bte Ibrahim. Perkenalan denga dia juga agak pelik. Semuanya gara-gara seorang lelaki. Hehehe. Aku keluar dengan lelaki yang sama begitu juga dengan Alin. Pada mulanya aku tidak tahu akan hal ini. Kemudian salah seorang senior aku telah memberitahu kepada aku. Sejak dari itu. Aku mula datang dan melepak di bilik nya. Bahkan minat kami berdua hampir sama. Yang paling penting, kitaorang gila amek gambar. Heheheh. Kebetulan, kami satu course yang sama dan kolej yang dan KELAS yang sama, menyebabkan kami semakin rapat. Hehehe. Alin. I Miss u babe. Kalau lah kau dok KL hari hang out dah ley kuar sama.




0 Comments:

All feedback, comment, suggestions and ideas are most welcome. Thank You for your support. I hope my writing somehow has helped you.

Thank you!